pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 13 Januari 2012

PEMUDA TERUS PRIHATIN RAKYAT

PENDERITAAN SEORANG OKU PERLUKAN BANTUAN

Keprihatinan pihak Pas Kawasan Bagan Datoh, terus hulur bantuan untuk rakyat

BAGAN DATOH : Ibarat pepatah Melayu menyebut “ sudah jatuh, ditimpa tangga pula ”, demikian gambaran sesuai bagi situasi kehidupan seorang warga orang kurang upaya ( OKU ) bersama keluarganya yang menetap di Kampung Sungai Nipah Baroh di sini. Keperitan dan kepayahan yang dihadapi oleh Ali bin Mohammad, 52, terus mendapat perhatian pihak tertentu. Terbaharu, keprihatinan Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh telah melakukan ziarah dan menyerahkan bantuan kepada keluarga tersebut.


Melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakat Pemuda Pas Bagan Datoh, misi ziarah dan bantuan tersebut adalah hasil rasa keprihatinan sebagai sebuah parti dakwah dan politik dalam membantu serta meringankan bebanan sesama manusia. Ketuanya, Muhammad Nizam bin Khairi berkata program sedemikian pastinya akan diteruskan pada masa akan datang  demi menjaga kebajikan rakyat khusunya di sekitar kawasan Bagan Datoh.


Penderitaan yang dihadapi Ali bermula apabila beliau terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya 4 tahun lalu yang mengakibatkan koma dan terlantar selama hampir sebulan di Hospital Teluk Intan. Kesan kejadian tersebut beliau tidak mampu lagi untuk bekerja bagi menyara kehidupan keluarganya yang terdiri daripada seorang isteri dan 6 orang anak. Kehidupan beliau kini hanyalah bergantung kepada ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital dan klinik berhampiran bagi mengelakkan serangan sakit dan sawan dihidapi selama ini.


Tidak setakat itu ujian dihadapi beliau, apabila isteri dan anaknya turut tidak tinggal bersama lagi ketika ini. Isterinya juga ingin menuntut cerai daripada beliau apabila bertujuan untuk berkahwin lagi dengan lelaki lain dakwa beliau lagi. Katanya, sehingga kini beliau tidak menerima mana – mana bantuan melainkan pendapatan hasil saham Felcra sebanyak RM 200 sebulan beserta barangan dapur.

Menurut beliau lagi, penderitaan hidupnya yang kini tinggal bersama bapanya, Mohammad bin Kassim, 86, dan adiknya Yusof bin Mohammad seolah – olah tidak mendapat perhatian wakil rakyat di sini. Katanya, pernah juga beliau cuba memohon bantuan sebagai OKU namun ianya telah ditolak tanpa sebarang sebab dan alasan.


“ Menjadi tanggungjawab kita membantu mereka yang menghadapi kesusahan. Oleh itu, kami ( Pas Bagan Datoh ) rasa simpati kepada nasib mereka ini,” kata Muhammad Nizam mengetuai misi tersebut.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008