ANAK MUDA SEDIA HADAPI UMNO- BN PRU 13
Jentera Pemuda siap sedia untuk tumbangkan kezaliman BN kepada rakyat
BAGAN DATOH : Kehadiran kira – kira 200 orang anak muda pada Himpunan Anak Muda Bagan Datoh anjuran Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh,13 Januari lalu menggambarkan bahawa pemuda Pas telah bersedia bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Melihat bertapa pentingnya sokongan serta pengundi golongan muda, pemuda Pas telah mengambil langkah menganjurkan aktiviti seumpamanya bertujuan merapati serta mendekatkan mereka kepada Pas dan Pakatan Rakyat.
Menurut pengarah program tersebut, Ustaz Mustofa Saifuddin bahawa himpunan itu telah berjaya mencapai matlamat dan sasaranya. Katanya lagi, walaupun himpunan demikian lebih kepada acara santai serta bersahaja, namun ianya adalah bertujuan menghimpunkan pemuda sekitar Bagan Datoh sebagai persiapan jentera Pilihanraya akan datang.
“ Kita bukan hanya mahu menarik golongan muda sokong Pas dan Pakatan Rakyat sahaja, malahan kita mahu mereka menjadi jentera pada Pilihanraya nanti. Itu lebih utama sebagai persiapan kita ( Pas ),” katanya lagi mengulas tujuan himpunan tersebut dianjurkan.
Antara cara yang berlangsung pada himpunan berikut adalah jamuan santai BBQ ayam, pertandingan gusti lengan dan Slide Show Pemuda. Turut hadir, Yang Dipertua Pas Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki beserta barisan pimpinan Pas Kawasan. Pada majlis ucapan perasmiannya, beliau mengingatkan peranan golongan anak muda dalam memastikan perjuangan Pas tidak akan terhenti kerana perjuangan ini masih jauh dan tidak akan berhenti.
“ Semangat muda amat penting dalam semua perkara. Kerja pilihanraya bakal kita hadapi, makanya perlu tenaga yang kuat sebagai cara memenangi PRU nanti.” Katanya lagi ketika berucap pada majlis tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan