Kofi Annan
DAMSYIK - Gencatan senjata yang diusahakan Utusan PBB, Kofi Annan telah mula dikuatkuasakan bermula pagi ini, tetapi negara-negara Barat secara terbuka meragui kesediaan Syria mematuh ketetapan-ketetapan yang telah diputuskan.

Penguatkuasaan itu menjadi kenyataan dua hari selepas ia sepatutnya dilaksanakan.

Syria berkata ia akan patuh kepada gencatan senjata tetapi menegaskan akan bertindak jika diserang.

Annan menerima jaminan bertulis daripada Kementerian Luar Syria bahawa askar kerajaan akan menamatkan pertempuran melibatkan tenteranya di seluruh Syria bermula 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).