JAKARTA - Sebuah sekolah agama asrama di Jawa Timur, Indonesia ditutup dua minggu, selepas terlibat dengan pertikaian yang membuahkan serangan oleh penduduk tempatan melibatkan ajaran Islam.
 
Kuasa tertinggi hal ehwal Islam, Majlis Ulama Indonesia (MUI), turut diheret sebagai pihak tengah untuk mendamaikan pertikaian melibatkan sekolah berasrama Robbani di Karang Tengah, wilayah Jember.
 
Serangan yang berlaku Jumaat lalu, tercetus selepas penduduk tempatan mendengar kritikan beberapa pegawai sekolah berkenaan terhadap upacara tahlil atau doa selamat yang dipraktikkan masyarakat Islam di Kepulauan Jawa itu.