pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 22 April 2012

PRESIDEN : ULAMA' BERSAMA MASYARAKAT.


KEMAMAN: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu para ulama khususnya dalam PAS untuk bergiat aktif dalam menggerakkan masyarakat.

Menurutnya peranan para ulama begitu besar bukan sahaja tertumpu kepada mendalami ilmu agama, tetapi perlu memberikan peringatan kepada masyarakat dengan ilmunya. 

"Ulama bukan sahaja ada ilmu, berkhutbah dan mengajar tetapi perlu bergiat aktif dalam masyarakat, termasuk berpolitik dengan memahami fiqh politik. 

"Sejarah menunjukkan bahawa penjajah tidak takut kepada ilmuan yang hanya setakat punya ilmu, tetapi mereka bimbangkan ilmuan Islam yang aktif menggerakkan dan menyedarkan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan mengumpul dana anjuran Urusan Ulama PAS Kemaman dengan kerjasama Dewan Ulama PAS Terengganu di sini baru-baru ini.

Sejak penubuhannya, Dewan Ulama PAS pula ujarnya telah memainkan peranannya yang sangat besar dalam perjuangan menegakkan Islam dalam bentuknya yang syumul termasuk pemerintahan di negara ini dengan melahirkan ilmuan melalui pusat pendidikan di bawah kelolaan mereka.

Tarbiah yang diterapkan melalui pusat-pusat pendidikan ini telah berjaya membentuk setiap individu menjadi muslim yang baik yang mampu meneruskan kesinambungan perjuangan Nabi Muhammad SAW.

"Tidak ada orang yang mampu mengisi kemenangan ini dengan Islam dan roh Islam melainkan mereka yang telah melalui tarbiyyah yang dibentuk.

"Dewan Ulama melahirkan manusia yang mewarisi ilmu Islam dan perjuangan bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Nabi Muhammad SAW," tegasnya.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008