pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 21 April 2012

MAT KE 29 : FAHAMI DASAR PAS, MENANGI PILIHAN RAYA UMUM.

BAGAN DATOH : Berbekal semangat dan bahang Pilihan Raya Umum ke 13, PAS Kawasan Bagan Datoh telah berjaya melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan ( MAT ) PAS Kawasan kali ke 29 pada 19 April lalu. Sejarah baharu juga tercipta apabila mesyuarat kali ini julung - julung kalinya diadakan di Dewan Baharu PAS Kawasan Bagan Datoh, Selekoh.


Berlangsung dalam keadaan cuaca sejuk kerana hujan, tidak sedikit pun menghalang kehangatan perbahasan daripada perwakilan cawangan dan berbincangan pada mesyuarat kali ini. Perbahasan pada kali lebih memberi muhasabah kepada semua pimpinan serta seluruh ahli PAS terutamanya sebagai persediaan Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.


Mesyuarat Agung Tahunan kawasan ke 29 ini telahpun dirasmikan oleh Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Ahmad Nuri Al Amin Endut. Beliau hadir tepat pada waktunya amat terharu melihat kehadiran perwakilan yang penuh semangat dan bersedia untuk melaksanakan tugas sebagai ahli PAS yang terbaik.

Majlis bermula pada pukul 8. 30 pagi dengan membuka kaunter pendaftaran perwakilan dan pemerhati yang hadir. Seusai itu, majlis perasmian diteruskan pada jam 9. 00 pagi dengan ucapan alu - aluan  Pengerusi Majlis, Saudara Fauzi Hashim juga merupakan Setiausaha PAS Kawasan Bagan Datoh. Majlis turut diserikan dengan bacaan ayat - ayat Suci Al Quran yang dipedengarkan oleh adik Mohamad Aiman  Mohd Fairos.


Turut sama- sama pimpinan dan perwakilan untuk menyayikan lagu Negaraku dan lagu tema PAS pada awal perasmian. Ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki yang penuh semangat lebih memberi peringatan kepada semua pimpinan PAS Kawasan serta ahli PAS di kawasan tersebut terhadap tanggungjawab dan mengutamakan perjuangan parti.



Pada ucaptama perasmian oleh Ustaz Ahmad Nuri al Amin Endut, menekan supaya semua ahli PAS mendokong penuh kefahaman dasar parti tersebut. Sebagai kunci utama kejayaan, selagi mana dasar PAS tidak bertentangan syariat Allah SWT, hendaklah seluruh pendokong meneruskan perjuangan parti.


Setelah majlis perasmian selesai, mesyuarat diteruskan dengan dipengerusikan oleh Hj. Kamarudin Othman selaku pengerusi tetap PAS Kawasan. Beliau berjaya mengawal keadaan perbahasan serta perbincangan yang sememangnya hangat setelah para perwakilan memberi tindakbalas positif pada setiap perkara di bangkitkan.




Beberapa usul para perwakilan telah diterima sebulat suara pada mesyuarat kali ini. Pada ucapan penggulungan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Misbah mengingatkan segala perjalanan PAS Kawasan perlu kerjasama daripada semua pihak terutamanya dewan - dewan di semua peringkat.

Mesyuarat telah ditangguhkan tepat jam 1. 30 petang.




Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008