pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 16 Jun 2015

MUKTAMAR DPPN PERAK KALI 32 : KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN JAWATANKUASA DPPN PERAK SEI 2015 - 2017.


Assalamualaikum,

AJK Dewan Pemuda PAS Perak sesi 2015-2017 telah bermesyuarat pada 21 mei 2015 dan memutuskan untuk melantik AJK tambahan dan membentuk Jawatankuasa Harian serta lajnah-lajnah dan jabatan-jabatan seperti berikut: 

1) Ketua : Ustaz Mohd Akmal bin Hj. Kamaruddin (Pengerusi Lujnah Politik)
2) Timbalan Ketua : Ustaz Hafez b. Sabri ( Lujnah Dakwah dan Hubungan Luar)
3) Naib Ketua : Ustaz Mohd Khairi bin Jamaluddin (JPM)

4) Setiausaha : Qahar Shamsuddin
5) P. s/u 1 :Abdullah Adam
6) P. s/u 2 : Syaila Husin
7) P. s/u 3 :Omar Adam


8) Bendahari : Ust Syakirin Husain


9) K. Penerangan : YB Zawawi Hasan


10) Peng.Pilihanraya: Muhammad Faizal Ahmad Fuad

Tim. Peng. Pilihanraya: Faisal Abdul Rahman

11) Jab. Undang2 (JUHAM) : M. Hamidzi Abd Manan
12) Jab. AMAL : Arif Shaarani
13) Jab. PASTI : Azahari Yahya
14) Jab. Pendidikan : Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohd Fadzil
15) AKP : Akmal Sani
16) DACS : Awis Kharni Husain
17) Laj. ICT : Rifa'at Razman
18) Laj. Kebajikan: Tauran Yahya
19) Laj. Tarbiah : Ust Zahid Abu Bakar
20) Laj. Profesional & Kesihatan Awam : Dr. Wan Rafizi Bin Wan Ahmad
21) Laj. Perpaduan Nasional : ir Syafiq Suhaimi
22) Laj. Pengguna &Alam Sekitar : Osman Awang
23) Pengarah AKR : Farid Faizi Azizan
24) Jabatan Kajian& Penyelikan: Dr. Hamid Ali
25) Luj. Peneroka: Faiz Zainal
26) Tim. JPM: Nurhafizol Badrul Hisham.


"TEKAL BERILTIZAM"
Yang benar,
AKMAL HJ KAMARUDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak sesi 2015-2017



Keputusan Pemilihan Jawatankuasa DPP Negeri Perak 2015 - 2017
 
Pengerusi Tetap
Ustaz Fairuz Hafiz


Timbalan Pengerusi Tetap
Mohd Aidil bin Abd Aziz


Ketua Pemuda
Mohd Akmal bin Kamaruddin


Timbalan Ketua Pemuda
Mohd Hafez bin Sabri


Naib Ketua Pemuda
Ahmad Khairi Jamaluddin


Ahli Jawatankuasa Kerja

Mohd Syakirin bin Husin
Mohd Akmal Abdullah Sani
Ahmad Faisal bin Mohd Puait
Azmin Basya bin Abd Karim
Muhammad Mujahid Ir Hj Fadzil
Awis Qarni bin Husin
Mohd Zawawi Abu Hassan
Mohd Hamidi Hamizi Abd Manaf
Mohd Rifaat Haji Razman
Mohd Qahar Shamsuddin

Isnin, 15 Jun 2015

GOTONG - ROYONG DI AMBANG RAMADHAN SIRI 2 : LOKASI TERPILIH, PARIT 7 SG. PERGAM

GOTONG ROYONG AMBANG RAMADHAN 2 : SURAU PARIT 7 SUNGAI PERGAM DIBERSIHKAN KETIKA HAMPIR MENJELANG RAMADHAN AL - MUBARAK

Jabatan Amal Kawasan Bagan Datoh Teruskan Misi, Tawarkan Khidmat Tenaga Bersihkan Surau di Kampung Sg. Pergam

BAGAN DATOH, Kg. Sg. Pergam : Ketika mana umat Islam seluruh dunia bersiap sedia dan semakin hampiri Ramadhan al-Mubarak, pihak Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bagan Datoh ( AMAL ) bersama penduduk Kampung Sg. Pergam telah mengambil peluang ruang yang berbaki itu dengan mengadakan gotong - royong membersihkan Surau Parit 7 Sg. Pergam pada 12 Jun lalu.

Walaupun dalam keadaan cuaca hujan, namun misi membersih dan mengemaskan surau tersebut tetap dijalankan sebagaimana dirancang.







AMAL DI AMBANG RAMADHAN : BERGOTONG ROYONG BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG

AMBANG RAMDAHAN : JABATAN AMAL KAWASAN BAGAN DATOH AMBIL PELUANG MENCURAHKAN KHIDMAT TENAGA BERGOTONG - ROYONG.

Sempena Menjelang Ramadhan al- Mubarak, Jabatan Amal Kawasan Bagan Datoh bersama Penduduk Setempat Bergotong -Royong Membersihkan Masjid dan Kampung

BAGAN DATOH, Matang Kunda : Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bagan Datoh ( Amal ) dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh ( DPPK BD ) telah mengambil peluang bersama - sama penduduk Kampung Matang Kunda Batu 26 untuk bergotong - royong membersih dan mengemaskan persekitaran Masjid Al- Islah Matang Kunda di sini pada 10 Jun lalu. 

Seramai kira- kira 15 orang tenaga Amal telah turut serta dalam misi membersih dan menceriakan persekitaran masjid terbabit. Selain itu, penduduk kampung telah memberikan kerjasama yang baik dengan penuh muhibbah dan mesra sepanjang menjalankan aktiviti tersebut.

Menurut Komandan Amal Kawasan, Tuan Norol Amin Ithnan bahawa aktiviti sebegini adalah menjadi rutin dan kebiasaan penduduk di kawasan kampung - kampung dalam persiapan menyambut bulan Ramadhan. Demikian itu, pihak Amal dan DPPK BD sendiri akan mengambil kesempatan dan peluang untuk menawarkan khidmat tenaga dalam program seumpama itu.

Manakala bagi DPPK Bagan Datoh, program sebegini adalah ruang untuk Pemuda PAS memasyarakatkan DPPK itu sendiri di lapangan masyarakat kampung. Ketuanya, Ustaz Amir Hamzah Ibrahim menyatakan bahawa setiap aktiviti dan program gotong - royong, pastinya Pemuda PAS Kawasan akan mengambil bahagian. Ianya juga merupakan sebahagian, medan dakwah dan tarbiyah buat ahli -ahli Pemuda PAS.









DPPM : PEMUDA HARAPAN ASPIRASI MALAYSIA

PEMUDA HARAPAN ASPIRASI MALAYSIA

BERBEKAL pengalaman pernah ditimba, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz punyai fokus terarah untuk membangunkan Pemuda PAS sesi baharu. Bersama pasukannya, beliau komited melakar lanskap Malaysia yang lebih baik dari peranan anak muda. Ikuti temubual Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM bersama beliau baru-baru ini.

 

HARAKAH ✏ : Bagaimana Ustaz melihat kombinasi gabungan dalam DPPM bagi sesi kali ini?
USTAZ NIK MOHAMAD ABDUH ✳ : Ia adalah kombinasi yang mantap. Pemuda PAS dibarisi anak muda yang variasi bidang dan kepakaran. Saya hanya perlu memilih yang terbaik melalui kesepakatan bersama. Malah Pemuda PAS hari ini sudah melahirkan kepimpinan hebat di Sabah dan Sarawak. Pokok yang kita tanam sejak lama kini telah menghasilkan buah.

✏ : Apakah fokus atau pencapaian yang Ustaz sasar atau hasratkan dari pasukan baru ini?
✳ : Pertama, saya mahukan kerja berpasukan yang bersatu, bergagasan, berukhuwwah dan beristiqamah. Kedua, saya mahu perteguhkan Pemuda PAS sebagai pemuda harapan dan aspirasi rakyat Malaysia terutama ana muda. Negara kita sekarang terumbang ambing dengan pelbagai gejala keruntuhan. Jadi saya mahukan Pemuda PAS menyumbang segala tenaga mereka demi membina kembali keyakinan masa depan yang cerah buat anak muda. Ketiga, saya mensasarkan pembinaan barisan pelapis yang kukuh buat PAS pada masa akan datang yang lebih mencabar. Kita perkukuhkan generasi PASTI sehinggalah ke universiti. Kita akan pastikan generasi baru PAS hidup cintakan ilmu dan kepakaran dalam bidang yang diterokai. Kita mahu bina Malaysia. Dalam segala aspek dan keadaan, Pemuda PAS terus bekerja untuk Malaysia. Bahkan seperti saya sebut sebelum ini, kita mahu bangunkan bersama anak muda non muslim melalui jabatan DHPP Muda. Ia akan menjadikan Pemuda PAS lebih lengkap dan berperanan baik.

✏ : Tidak dapat dinafikan bahawa masih wujud perbezaan di kalangan anggota Pemuda PAS di seluruh negara. Bagaimana Ustaz akan rapatkan semula saf ini?
✳ : Ya, saya akui. Kita masih dalam krisis yang melanda bukan sahaja pemuda, tetapi PAS secara keseluruhan. Muktamar PAS baru-baru ini telah berjaya mengorak langkah sebahagian besar asas-asas penyelesaian. Saya ร kan cuba redakan kepanasan. Memberi ruang yang selesa untuk semua Pemuda PAS bekerja dan berinovasi. Yang di belakang seronok bekerja di belakang dan yang di depan sentiasa membuka jalan untuk yang berada di belakang maju ke hadapan.

✏ : Apakah terdapat tuntutan atau agenda tertunda DPPM yang menjadi hambatan untuk diselesaikan kali ini?
✳ : Saya difahamkan Pemuda PAS sesi lepas di bawah saudara Suhaizan Kaiat sudah menubuhkan satu Jabatan Pendidikan peringkat rendah selepas PASTI. Saya gembira untuk meneruskannya insya-Allah. Saya juga akan teruskan Projek Perumahan Rakyat Budiman yang sedang berjalan.Saya akan perkembangkan program bersama anak muda melalui medium wacana dan diskusi. Kita akan turun ke seluruh ‘genre’ dan akar umbi.Untuk PASTI, AMAL, DACS dan beberapa lagi jabatan di bawah Pemuda PAS, kita akan terus mara dengan inovasi yang akan lebih diterima masyarakat insya-Allah.

✏ : Ustaz ada menyebut dua tugas akan dilaksanakan DPPM kali ini pada ucapan penggulungan di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61. Boleh ustaz perincikan kedua-duanya.
✳ : Ya saya dah terangkan tadi. Kita mahu pacu anak muda Malaysia menuju politik baru yang lebih bebas, bersih, berani berubah, bersikap positif dan yang paling kita mahukan, generasi amar makruf nahi munkar yang mulia.Kedua, kita sedari tanggung jawab Pemuda PAS membina barisan pelapis yang sepadu dan sempurna. Islam adalah ilmu yang benar dan membina sistem hidup. PAS perlukan tentera, murabitun dan aktivis parti yang memahami matlamat dan perjuangan Islam dengan baik. Semua itu adalah tugas yang diamanahkan kepada Pemuda PAS dan saya akan pastikan kami berjaya insya-Allah.

✏ : Apa perubahan atau penambahbaikan yang Ustaz akan laksanakan dalam pengurusan keorganisasian Dewan Pemuda seluruh negara?
✳ : Ya akan ada penambahbaikan insya-Allah. Kita akan adakan bengkel pengurusan strategik dalam masa terdekat dan melihat beberapa cadangan baru yang bernas. Saya fikir di hadapan saya adalah barisan pemuda yang cukup bersedia untuk memajukan pengurusan organisasi pemuda ke tahap cemerlang insya-Allah.

✏ : Harapan Ustaz kepada khususnya kepada generasi muda.
✳ : Saya mahukan generasi muda negara bangkit segera membina negara Malaysia yang lebih baik dengan penuh berani. Tinggalkan budaya ketakutan dan kebergantungan kepada orang atas sehingga mematikan kekuatan diri sendiri. Inilah yang ditanam untuk BN sebelum ini sehingga melemahkan negara sendiri. Saya juga menyeru anak muda untuk kembali kepada Islam. Ambilnya secara menyeluruh. Beristiqamah hidup beragama. Itulah kunci kejayaan abadi dunia dan akhirat. Di situlah matlamat kehidupan tercapai.

POLITIK TURKI : ERA BARU DAN CABARAN


POLITIK TURKI ERA BARU DAN CABARAN
 
Oleh : Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas


Keputusan Pilihanraya Umum Turki beberapa hari yang lalu menyaksikan AKP kekal sebagai parti utama pilihan rakyat Turki dengan 40.81 peratus undi. Jika dibandingkan dengan parti-parti yang lain, AKP berjaya mengekalkan dominasinya di Turki sejak 2002. Parti sekular CHP hanya memperoleh 25.17 peratus, Parti nasionalis MHP memperoleh 16.5 peratus manakala Parti sosialis demokrat HDP memperoleh 12.99 peratus.

Walaubagaimanapun keputusan tersebut juga merupakan satu tamparan kepada AKP dalam menguasai denai politik Turki. AKP menjangkakan kemenangan selesa dengan 330 perwakilan daripada 550 keseluruhan ahli parlimen bagi membolehkan mereka melangkah setapak mengubah perlembagaan, memberikan kuasa yang lebih kepada presiden. Sasaran itu bukan sahaja gagal dicapai AKP, malah jumlah perwakilan yang akan dihantar AKP berkurang sehingga 256 orang sahaja berbanding pilihanraya umum 2011.

‘Kekalahan’ AKP disambut dengan ‘kemenangan’ golongan minoriti Kurdish yang memberikan undi mereka kepada sebuah parti sosialis demokrat, HDP. Ini dapat ditunjukkan dengan kekalahan AKP di bahagian Tenggara Turki yang kebanyakannya didiami kelompok minoriti Kurdish itu. Di samping itu, AKP juga tewas di kawasan yang didiami pelarian Syria seperti di Sanliurfa dan Gaziantep.

Disebalik ketegasan Turki dibawah pemerintahan AKP memperjuangkan isu-isu umat Islam dunia termasuk yang terbaru melibatkan penindasan umat Islam Rohingya, pergolakan dalaman Turki dan penentangan pihak musuh domestik merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Protes anti-kerajaan yang dilancarkan pada 2013 memberikan kesan tidak langsung kepada pentadbiran Erdogen yang masih memegang jawatan Perdana Menteri ketika itu. Satu demi satu isu dipalitkan kepada pentadbiran Erdogen di samping tindakan Erdogen yang menghalang sebarang kritikan melalui media sosial tidak mampu meredakan keadaan.

Penentangan kelompok sekular menggugat kestabilan politik Turki. Ia membekas dalam lantunan pentadbiran AKP. Dari sudut yang lain, keghairahan AKP membentangkan manifesto supaya mengubah perlembagaan dengan memberikan kuasa yang lebih kepada presiden menjadikan mereka semakin tidak disenangi. Tambahan pula, peristiwa pengeboman yang berlaku dalam demontrasi kelompok Kurdish minggu lalu menambah rencah kepada keputusan pilihanraya umum Turki.

Kini, AKP berdepan cabaran baharu. Mereka bukan sahaja tidak dapat membentuk kerajaan secara bersendirian, malah, perlu mencari parti-parti lain bagi membentuk kerajaan campuran. Ramai penganalisis meletakkan parti MHP sebagai “the capable one” untuk bergabung dengan AKP. Sama ada membentuk kerajaan campuran atau sekadar kerajaan minoriti atau pilihan terakhir, berdepan pilihanraya semula, ia masih meninggalkan persoalan besar kepada masa depan politik di Turki.

Kestabilan politik perlu segera dicapai pasca pilihanraya umum ini. Namun, melihatkan kepada perkembangan semasa, ia tampak sukar. Tokoh parti HDP memberi signal untuk berada dikalangan kelompok pembangkang daripada tunduk kepada AKP. Ini mungkin membawa kepada faktor ketidakstabilan jangka panjang politik Turki. Tidak mustahil ia juga akan memberi kesan kepada kejatuhan matawang lira kelak.

Walaupun AKP bukanlah sebuah parti yang menjadikan al Quran dan Sunnah sebagai sumber hukum utama, adalah baik untuk disebutkan keharusan hukum bagi AKP untuk membentuk kerajaan campuran dengan mana-mana parti yang dapat menstabilkan kedudukan politik negara Turki untuk terus memacu kebangkitan. Ia adalah awlawiyyat yang penting untuk dilihat.

Kita berharap agar kestabilan politik di Turki akan dicapai pasca pilihanraya ini. Cabaran politik Turki memasuki fasa baru dan mencabar. Ancaman politik Turki ini tidak mustahil mengundang campur tangan asing yang sentiasa mengintai ruang dan peluang mengganggu gugat kebangkitan 'Turki Baru' selepas era doktrinisasi panjang di zaman Ataturk.

Semoga Turki kekal sebagai negara contoh kepada negara-negara umat Islam yang masih meniti ranjau politik yang berliku dan seterusnya keluar daripada cengkaman kediktatoran dan kezaliman sang penguasa.

Jumaat, 12 Jun 2015

PASCA MUKTMAR : PAS KINI DI LANDASAN YANG BETUL

PAS KINI BERADA DI LANDASAN YANG BETUL
Selepas Muktamar ke 61 yang berlansung di Kuala Selangor, Selangor, minggu lepas, PAS kini berada di landasan yang betul dalam usaha untuk membangunkan semula peradaban Islam di Malaysia. Saf kepimpinan PAS yang baru merupakan mereka yang begitu iltizam untuk membawa negara dan masyarakat Malaysia bernaung di bawah keadilan sistem kehidupan Islam. Demi mencapai tujuan ini, PAS akan mengimbangkan tiga aspek utama iaitu tarbiyah, dakwah dan siasah.

Dalam konteks ini, Presiden PAS menjadi orang terpenting mengemudi PAS kembali ke landasan sebenar, yang kemudian disambut secara besar-besaran oleh perwakilan muktamar. Terdapat empat petunjuk penting yang memperlihatkan PAS berada di landasan yang betul:

1. PAS kini semakin mendapat kembali kepercayaan pengundi-pengundi Melayu khususnya di kalangan generasi muda, sebagaimana yang dipaparkan dalam Pilihanraya Kecil Rompin baru-baru ini. Segmen pengundi Melayu adalah segmen terpenting untuk dikuasai oleh mana-mana parti atau gabungan kerana mereka adalah teras politik Malaysia, malah faktor kestabilan politik Malaysia terpenting. 

2. PAS semakin membina kekuatan sendiri untuk menembusi dua lagi segmen pengundi, iaitu segmen pengundi bukan Melayu dan segmen pengundi bumiputera bukan Islam Sabah dan Sarawak. Peranan yang dimainkan oleh Dewan Himpunan PAS (DHPP) menjadi semakin penting, di samping PAS mula meneroka hubungan persefahaman dengan kaum peribumi Sabah dan Sarawak. Tidak mustahil PAS akan mula meletakkan calon di kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu yang menjadi kerusi tradisi DAP hari ini.

3. PAS semakin bersedia untuk menghadapi senario politik Malaysia yang sedang menuju kepada sistem pelbagai parti (multi parties system) seperti yang sedang berlaku di kebanyakan negara-negara membangun. Diyakini dalam beberapa tahun mendatang tiada parti atau gabungan yang boleh membentuk kerajaan yang stabil tanpa sokongan parti atau gabungan yang lain. Dalam konteks Malaysia, situasi ini menjadi lebih rencam disebabkan ada dua lapis kerajaan, iaitu kerajaan negeri dan kerajaan persukutuan. Oleh sebab itu, PAS seharusnya menjadi parti yang bersikap terbuka kepada semua pihak sesuai dengan 'Islam sebagai rahmat kepada semua'.

4. PAS semakin menguasai teknologi terkini terutama teknologi media dan teknologi maklumat yang merupakan faktor dominasi politik masa kini. Saf kepimpinan baru PAS didukung oleh golongan profesional yang mempunyai kepelbagaian latar belakang dalam bidang Sains dan Teknologi, bukan hanya mereka yang berlatar belakangkan profesion perundangan.

Menyedari hakikat tersebut, seluruh ahli PAS diseru untuk merapatkan ukhuwah dan memperkukuhkan iltizam untuk bersama saf kepimpinan baru yang akan memberi fokus kepada gerak kerja sehingga ke akar umbi masyarakat, bukan sekadar menumpukan kepada isu. PAS akan menjadi sebuah gerakan Islam yang lebih terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi mencapai matlamat perjuangan Islam dan maslahah rakyat. Pendek kata, para pendukung PAS perlu bersiap sedia untuk bersama saf kepimpinan baru untuk menjadikan PAS sebagai pencatur utama (king Maker) kepada politik Malaysia.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
9 Jun 2015 Masehi
22 Syaban 1436 Hijrah

Khamis, 11 Jun 2015

SENARAI JAWATANKUASA DEWAN ULAMAK PAS PERAK DAN PUSAT 2015 - 2017.

Senarai AJK Dewan Ulamak PAS Pusat Bagi sessi 2015 - 2017

 
Pengerusi Tetap : Dr Hamdan Mohd
Timb Pengerusi : Ust Omar Hashim


Ketua : Dato' Dr Mahfuz bin Mohamad
Timb Ketua : Dato' Dr Nik Mohd Zawawi
Naib Ketua : Dato' Dr Johari bin Mat


AJK DUPP :
1. Dato' Dr Khairudin Aman Razali
2. Yb Ust Nasrudin Hassan
3. Dato' Dr. Abu Bakar Abdullah
4. Yb. Ustaz Abdullah Hussin
5. Dr. Azhari bin Ariffin
6. Dato' Hj Hussin Awang
7. Ustaz Mustafa Syaari
8. Ustaz Khir Mutanazzar Ismail
9. Ustaz Nazmi Nik Din
10. Ustaz Zulkifli Ismail
11. Ustaz Mohd Asri Daud
12. Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Wan Othman


Pemeriksa Kira :
Ibrahim Hj Omar
Hanafi bin Roshan

KEPUTUSAN KEPIMPINAN DEWAN ULAMAK PAS PERAK 2015 - 2017

Pengurusi Tetap: Ust Faisal Ahmad Fuad
Timbalan Pengurusi Tetap : Ust Wan Ahmad Termizi

Ketua Dewan Ulama: Ust Sidek Noor
Timb. Ketua Ulama: Ust Ibrahim Zakaria
Naib ketua Ulama: Ust Saleh Said

AJK Dewan Ulama Pas Perak:
1. Ust Sabri Sabran
2. Ust Mustafa Wahab
3. Ust Suhaimi Wafir
4. Ust Ali Helmi Yaakub
5. Ust Mustafa Shaari
6. Ust Wahab Dawam
7. Ust Dahlan Ismail
8. Ust Fakharuddin
9. Ust Arman Yusof
10. Ust Nor Azli Musa

Pemeriksa Kira-Kira 1: Ust Azmi Murad
Pemeriksa Kira-Kira 2: Ust Ibrahim Mohd

KENYATAAN MEDIA DPP MALAYSIA : KABINET DPPM 2015 - 2017

KENYATAAN MEDIA : DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
22 Sya'ban 1436 / 9 Jun 2015
"Kabinet DPPM Sesi 2015 - 2017"
 
1. Sukacita saya maklumkan bahawa kami saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Malaysia Sesi 2015 - 2017 telah mengadakan mesyuarat pertama pada 8 Jun 2015 bersamaan 21 Sya'ban 1436H di Pejabat Agong PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Mesyuarat berlangsung dalam suasana mahabbah dan penuh ukhuwah.

2. Kami pada mesyuarat tersebut telah menyempurnakan perlantikan Jawatankuasa Harian DPPM dengan taklifan seperti berikut:

2.1. Ketua Pemuda:
YB Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pengerusi Lajnah Politik)


2.2. Timbalan Ketua Pemuda:
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi (Pengerusi Lajnah Antarabangsa)


2.3. Naib Ketua Pemuda:
Ir. Hj. Khairil Nizam Khirudin (Pengerusi Akademi Kepimpinan Pemuda)


2.4. Setiausaha:
Ustaz Afnan Hamimi Taib Azzamuddin (Pengerusi Majlis Setiausaha Pemuda (Sekretariat)


2.5. Bendahari:
Engr. Muhtar Suhaili


2.6. Ketua Penerangan:
Ustaz Ahmad Fadhli Shaari


2.7. Pengarah Pilihanraya Pemuda:
Ustaz Syarhan Humaizi Abdul Halim


2.8. Penolong Setiausaha 1:
Sdr. Nurul Islam Mohamed Yusoff


2.9. Penolong Setiausaha 2:
Sdr. Damanhuri Dol


2.10. Penolong Setiausaha 3:
Sdr. Eikhwan Ali


3. Pihak kami akan menyempurnakan perlantikan penuh jawatankuasa dan portfolio pada mesyuarat kedua DPPM dan selepas selesai siri lawatan ke beberapa negeri untuk tujuan 'bottom up management riview' pada bulan Ramadhan nanti.

4. Saf bakal ditampilkan ini nanti adalah kombinasi lulusan ugama, profesional dan aktivis dari pelbagai latarbelakang bidang dan kepakaran.

5. DPPM juga merakamkan rasa prihatin terhadap mangsa banjir yang sedang melanda beberapa kawasan di negeri Melaka dan akan mengadakan lawatan segera ke sana untuk menyampaikan sumbangan kewangan kepada mangsa. Jabatan AMAL telah pun digerakkan ke sana untuk sumbangan tenaga.

Semoga Allah merahmati anak muda Malaysia dengan keberkatan bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

PEMUDA PAS MALAYSIA : TATKALA YB. NIK ABDUH PERKENALKAN DIRI

TATKALA NIK ABDUH PERKENALKAN DIRI

KUALA SELANGOR : Suasana mega dewan Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 bertukar hening dan tenang tatkala Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tampil memperkenalkan diri kepada perwakilan.
Dalam tutur santun lagi merendahkan diri, Ahli Parlimen Pasir Mas itu mengaku ada gegaran di hatinya yang terasa sampai ke kaki.

Kerana katanya, itulah ucapan pertama dari atas pentas muktamar yang telah dihadiri beliau sejak puluhan tahun.

“Tuan-tuan semua melihat saya sebagai anak kepada Almarhum Mursyidul Am. Saya juga dari atas melihat tuan puan di bawah sebagai anak-anak kepada Mursyidul Am. Maka marilah sama-sama mengaminkan doa untuk ayahanda, agar ayahanda gembira di sana dengan para solihin dan para anbiya’,” serunya mengenang Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, pada pemilihan dua tahun lalu beliau telah ‘lari’ dari jawatan itu dengan pelbagai helah dan Allah telah menerima helahnya yang perlu menjaga kesihatan ayahanda.

Kawan-kawan walaupun kecewa ujarnya, namun menerima baik hujah beliau hinggalah pada tahun ini takdir mengheretnya supaya tidak lari lagi dari jawatan tersebut.

“Saya rapat ke dinding dan akhir sekali saya berterima kasih kepada semua anak muda Pemuda PAS yang memilih saya pada penggal ini. Saya tidak tahu mengapa saya dipilih sebagai KP kerana sepatutnya antara kelebihan dia adalah bersuara lantang.

“Sepertimana bekas KP terakhir sahabat-sahabat saya yang dalam jubahnya ada lutut dan siku. Semua mereka ini pandai berpidato,” getusnya.

Mengenang Almarhum ayahandanya, Nik Abduh menyatakan bahawa dirinya seorang pemalu di mana beliau tidak boleh bercakap di khalayak kecuali mukanya akan jadi merah.

Katanya, semasa belajar di India, antara doa tangis beliau kepada Allah adalah memohon agar diberi kekuatan supaya boleh bercakap di hadapan ramai.

“Apabila saya balik belajar daripada India, saya dijemput untuk memberi kuliah Maghrib. Ilmu saya cukuplah di India dengan umur 25 tahun, saya hafal Quran, saya habiskan Sunnan Sittah. Tetapi saya berkuliah Maghrib setengah jam, berpeluh susahnya untuk bercakap depan orang ramai. Alhamdulillah Allah beri kekuatan sedikit demi sedikit.

“Kami anak-anak bertanya kepada ayah macam mana nak cakap dengan orang ramai, macam ayah. Dia cakap senang sahaja, anggap orang dihadapan ni macam tunggul kayu, ini memang ubat yang mujarab. Jadi kalau tuan-tuan gugup nak cakap, anggaplah kami tunggul kayu insya-Allah menjadi.

“Tetapi tuan-tuan semua, Allah Taala mengurniakan walaupun bukan kepetahan bercakap dan ayah saya puji saya. Tiada pujian yang saya suka selain pujian seorang ayah yang tak pernah memuji anaknya, seorang tok guru yang tak pernah memuji, bila dia memuji rasa nak melompat.

“Dia puji tulisan saya, Allah Taala bagi kelebihan saya tak boleh bercakap macam ayah, tapi saya yakin Allah kurniakan saya aqal seperti ayah untuk memimpin Dewan Pemuda insya-Allah. Saya akan memimpin dengan aqal saya bukan mulut saya dan saya akan terjemahkan kepimpinan saya melalui tulisan saya.

“Saya ada sedikit sifat malu. Bukan ‘shy-shy cat’ tapi ‘shy-shy tiger’ insya-Allah. Saya ada cakaran tapi bukan cakaran tak berdarah muslimat, cakaran saya insya-Allah berdarah,” ujar Ustaz Nik memperihalkan mengenai dirinya.

KP : DEDIKASI KHAS BUAT TUAN GURU HJ. ABDUL HADI AWANG

DEDIKASI KHAS BUAT TUAN GURU ABDUL HADI

Oleh : Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia


Keputusan pemilihan bukanlah isyarat penolakan perwakilan kepada kepimpinan lama yang telah tewas, tetapi merupakan dedikasi khas buat Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, demikian menurut Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Katanya, muktamar kali ini telah membuktikan bahawa para perwakilan berdiri teguh bersama Presiden PAS itu dan Kepimpinan Ulama.

Akui beliau, sesama ahli PAS terdapat pelbagai perbezaan, tetapi lebih banyak memiliki persamaan di mana antara perkara yang disembunyikan Allah dengan hamba-Nya adalah berkait keikhlasan.

“Ketika kita berpecah belah, bermasalah, berselisih faham, jangan kacau soal ikhlas. Itu adalah antara kita dan Allah. Allah SWT murka pada sesiapa yang menganggap orang yang kita tidak suka itu tidak ikhlas berjuang. Jagalah keikhlasan masing-masing kerana keikhlasan kepada Allah tidak dapat disentuh walaupun oleh musuh.

“Kita berbeza bukan soal ikhlas, tapi berbeza soal mutabaah fi Rasulullah SAW. Lepas kita ikhlas, kita boleh berjalan menuju matlamat dan jalan yang kita pilih hendaklah jalan yang satu. Iaitulah jalan yang mendekati jalan digariskan oleh Rasulullah SAW. Jalan itu bukan jalan yang batin, jalan itu berada pada zahir.

“Maka di situlah masing-masing berusaha mendekati sunnah Nabi, siapa yang lebih tepat membawa bahtera Islam kepada hala tuju yang digariskan Rasulullah. Sebab itulah orang yang sebaik-baik mahu mendekatkan kita kepada sunnah Nabi SAW adalah para ulama.

“Para ulama ditaklifkan ditempat pertama untuk memikul amanah. Maka beri keyakinan pada saf baru tanpa mengatakan perkara tidak baik kepada mereka yang tidak memenangi pemilihan kali ini,” nasihatnya dalam ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 di sini, 6 Jun lalu.

Beliau turut bertegas bahawa Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mempertahankan Pakatan Rakyat dan terus berjuang dalam gabungan itu.

Ujarnya, pelbagai isu yang berlaku dalam Pakatan Rakyat tidak dianggap oleh Pemuda PAS sebagai isu kecil dan tidak juga isu besar.

“Kami Dewan Pemuda PAS Malaysia menikmati perselisihan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Dengan perselisihan ini yang berlaku selepas kita berkawan baik, kita boleh mengenal siapa kita dan kita boleh mengenal siapa rakan kita, PKR dan DAP.

“Sambil kita kenal mengenal itu, hendaklah kita susunkan ia dengan baik, maka itulah kita dapat melaksanakan tugas kita. Kita mengenal isteri kita bukan semasa dia senyum, tapi kita mengenal isteri kita masa dia menggunakan cakar dia ke atas kita. Jadi begitulah kita dalam Pakatan Rakyat,” ujarnya menyebabkan orang ramai di dalam stadium tertutup itu ketawa.

Katanya lagi, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan memberi fokus untuk menggerakkan anak muda melakukan perubahan politik baru yang lebih baik di bumi Malaysia dan melahirkan generasi pelapis daripada peringkat awal.

Pihaknya juga ujar beliau, akan membantu mengukuhkan kekuatan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) melalui penubuhkan lajnah khas iaitu Lajnah DHPP Muda.

Nik Abduh turut menyatakan komitmen Pemuda PAS untuk bergerak ke Pilihan Raya Negeri Sarawak dan menjadi barisan hadapan untuk melahirkan ‘anak sulung’ PAS Sarawak.

Pada kesempatan ucapan itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Jabatan Amal Malaysia yang banyak membantu dan memberi khidmat dalam gerak kerja parti.

Khamis, 4 Jun 2015

MUKTAMAR PAS PUSAT : 7 AMANAT TUAN GURU PRESIDEN SEMPENA UCAPAN PERASMIAN MUKTAMAR HARI INI.


7 Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Perasmian Muktamar PAS Pusat kali ke 61.
 
 
Bertitik tolak di atas tema “Beristiqamah Hingga Kemenangan” ini, maka marilah sama- sama kita pada hari ini memahaminya dan menggerakkan jemaah ini untuk menghadapi apa juga cabaran yang sedang menunggu di hadapan dengan penuh yakin kepada dasar dan prinsip perjuangan ini dengan mengambil tindakan-tindakan berikut :

1. Marilah sama-sama pada hari ini kita menyatakan kesetiaan kita kepada perjuangan Islam dengan penuh istiqamah, berdasarkan kepada panduan al- Quran dan as-Sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah ๏ทบ dengan penuh keikhlasan kepada Allah SWT.

2. Marilah kita memahami maksud kemenangan yang dinyatakan oleh Allah SWT. Kemenangan yang mahu dicapai adalah sebahagian dari usaha mendapatkan redha Allah SWT. Kita berjuang siang dan malam adalah kerana mencari redha Allah SWT. Justeru itu, marilah kita pastikan diri kita semua, dan jemaah yang menjadi platform perjuangan kita memenuhi syarat kemenangan yang telah digariskan oleh Islam dengan makna kemenangan yang sebenar.

3. Marilah kita sama-sama memantapkan tarbiyah ahli dan kepimpinan, dengan setiap dari kita bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam program tarbiyah yang dijalankan oleh jemaah. Tarbiyah inilah yang akan menyediakan diri kita untuk lebih faham dan yakin terhadap fikrah perjuangan ini yang sempadannya bukan sahaja di dunia tetapi hingga ke akhirat.

4. Marilah kita mengemaskini pentadbiran parti di semua peringkat, semua Dewan- Dewan dan Lajnah, termasuklah Cawangan, Kawasan dan negeri. Saya menyeru kepada semua perwakilan dan pemerhati supaya merapatkan saf perjuangan bersendikan fikrah perjuangan yang jelas dan tulen, melipat gandakan gerakkerja amal jamaie dan Islammi, dengan tumpuan kepada halatuju perjuangan untuk meraih kemenangan di dunia melalui dakwah dan siasah berpilihanraya, serta menang pula di akhirat iaitu mendapat syurga yang dijanjikan oleh Allah SWT.

5. Marilah kita membawa mesej Islam sebagai penyelesaian kepada masyarakat majmuk yang ada dalam negara kita ini. Semua pihak dan peringkat dalam organisasi ini mestilah memahami fiqhul-waqie, dengan merujuk kepada panduan al-Quran dan as-Sunnah yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad ๏ทบ.

6. Marilah kita meneruskan kerjasama Tahaluf dalam Pakatan Rakyat dengan rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Islam mengikut panduan al-Quran dan as- Sunnah, dan berta’awun dengan semua pihak dalam perkara kebaikan umat Islam dan bukan Islam dalam negara kita, serta tidak bertolak ansur dalam perkara kezaliman dan kemungkaran.

7. Marilah kita mengukuhkan kedudukan dan peranan PAS di peringkat antarabangsa, membela pihak yang dizalimi, mengusahakan penyelesaian konflik di rantau ini dan antarabangsa untuk mewujudkan dunia yang lebih aman, dan menolak campurtangan kuasa besar dalam konflik di dunia umat Islam.

Rebung buluh dibuat ulam,
rumpun diikat dengan getah,
berpegang teguh bersama Islam,
Membujur lalu menentang patah.


"Beristiqamah Hingga Kemenangan"

DPPK BAGAN DATOH : MUKTAMAR BERLANGSUNG DENGAN BAIK DAN PENUH KEINSAFAN

MUKTAMAR TAHUNAN PEMUDA PAS MALAYSIA KALI 56 : DPPK BAGAN DATOH TURUT TIDAK KETINGGALAN MENGAMBIL BAHGIAN DAN MENGIKUTI PERJALANAN MUKTAMAR HINGGA KE AKHIRNYA.

SHAH ALAM : Perwakilan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datok ke Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia kali ke 56 yang telah berlangsung pada 2 dan 3 Jun dan bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah Alam menyatakan pendapat bahawa muktamar kali ini berlangsung dengan lancar dan terbaik.

Perwakilannya seramai 4 orang itu adalah terdiri daripada Ustaz Amir Hamzah Ibrahim, Ustaz Khairi Abdullah, Ustaz Al Nizami Hasani dan Ustaz Mustaid Saifuddin. Bagi mereka, bahawa perjalanan muktamar kali ini menyaksikan pembahasan yang terbaik dalam bermuhasabah di peringkat pimpinan mahupun peringkat ahli bawahan.







KEPUTUSAN PEMILIHAN MUKTAMAR PEMUDA PAS MALAYSIA : NIK ABDUH, MUHAMMAD KHALIL DAN HJ. KHAIRIL TERAJUI DPPM

KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN JAWATANKUASA KERJA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA 2015-2017.


SHAH ALAM- Berikut adalah keputusan penuh pemilihan Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Malaysi buat penggal 2015- 2017 di dalam Muktamar Tahunan Pemuda PAS Malaysia kali ke 56 yang telah berlangsung di Dewan Jubli Perak SUK Shah Alam : 

Pengerusi Tetap :
Ustaz Kamal Ashaari-491


Timbalan Pengerusi Tetap :
Dr Riduan Mohd Noor-486


Pemeriksa kira
Jamil
Shahir Abu Hassan


Ketua Pemuda :
YB Ustaz Nik Mohammad Abduh bin Nik Abdul Aziz -429


Timbalan Ketua Pemuda :
Ustaz Muhammad Khalil bin Abdul Hadi-435


Naib Ketua Pemuda :
Ir Haji Khairil Nizam bin Khirudin-458


Ahli JawatanKuasa (undi tertinggi):
1. Ustaz Afnan Hamimi bin Taib Azamudden-430
2. Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari-447
3. YB Hishamudin Abdul bin Karim-432
4. Izwan bin Abdul Halim-355
5. YB Mohd Azam bin Abd Samat-430
6. Ustaz Mohd Hafez bin Sabri-386
7. YB Mohd Zawawi bin Abu Hassan-402
8. Ir Haji Muhtar bin Suhaili-362
9. Nurul Islam bin Mohamed Yusoff-377
10. Syahir bin Che Sulaiman-409
11. Ustaz Syarhan Humaizi bin Abdul Halim-406
12. Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofree-399

MUKTAMAR TAHUNAN PEMUDA PAS MALAYSIA KALI 56 : USTAZ ABDUH DIPILIH PERWAKILAN UNTUK MEMPIMPIN PEMUDA PAS

USTAZ NIK MOHAMMAD ABDUH MENANG JAWATAN KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA

YB. Ustaz Abduh menang mengalahkan penyadang sebelum ini, Suhaoizan untuk memimpin Pemuda PAS Malaysia buat penggal 2015- 2017.


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia bagi sesi 2015-2017.

Beliau mengalahkan penyandang sebelum ini, Suhaizan Kaiat dengan perbezaan 166 undi.

Beliau mendapat 429 undi berbanding Suhaizan yang mendapat 263 undi pada pemilihan sempena Muktamar Pemuda PAS Malaysia ke 56.

Kata Nik Abduh, undi yang diterima Suhaizan merupakan sempadan serta peringatan untuk beliau bertugas dengan lebih baik kepada Pemuda PAS.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada yang memilih saya pada pemilihan kali ini, jika sebelum ini saya mengumumkan untuk meninggalkan Dewan Pemuda PAS tapi kemenangan ini mengembalikan semula saya.

"Saya turut mengingati diri saya, dengan undi yang diterima Suhaizan ia merupakan satu peringatan kepada saya untuk bertanggungjawab kepada Pemuda PAS," katanya sejurus keputusan diumumkan.

Beliau akan menjelajah keseluruh negara bagi bertemu dengan seluruh pemuda di peringkat negeri dalam menyatu padu perpaduan sebelum ini.

Nik Abduh yang menerima kemenangan dengan rendah diri itu turut mengingatkan agar ahli tidak mengkritik serta mempersenda mereka yang tidak dipilih pada pemilihan kali ini. - HARAKAHDAILY 3/6/2015

Selasa, 2 Jun 2015

TAZKIRAH : KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN BULAN SYA'ABAN



Kelebihan dan keistimewaan bulan Syaaban
 
KEISTIMEWAAN BULAN SYAABAN
BULAN Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat seperti mana di bulan Ramadan, Rejab, Muharam dan lain-lain bulan. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan.


Bulan Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri dalam Islam seperti bulan lain yang turut mempunyai kelebihan sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan-Nya.

Syaaban adalah antara bulan paling dicintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan Baginda akan lebih banyak melakukan ibadat puasa pada bulan ini. Amalan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan ia juga sebagai latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadan.

Keistemewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah Subhanahu Wata’ala, maka sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan.

Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyak melakukan puasa sunat, bertaubat dan beristighfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha. Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Allah, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya.

Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingatinya serta dengan hati yang ikhlas dan mengagungkan Allah. Ini bersesuaian dengan janji Allah bahawa orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat pada bulan Syaaban berbanding bulan lain? Baginda bersabda yang bermaksud:
“Bulan itu (Syaaban) yang berada antara Rejab dan Ramadan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadahku diangkat ketika aku berpuasa.”
(Hadis riwayat Imam an-Nasaie).

Sementara itu, kelebihan malam Nisfu Syaaban disebut dalam hadis sahih daripada Mu’az bin Jabal, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(Hadis riwayat Imam Ibnu Majah, at-Thabarani dan Ibnu Hibban).

Malam Nisfu Syaaban juga adalah antara malam yang dikabulkan doa. Memetik pendapat Imam asy-Syafi’e dalam kitabnya al-Umm: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu malam Jumaat, malam Hari Raya Aidiladha, malam Hari Raya Adilfitri, malam pertama pada bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat, berdoa, berzikir dan membaca Al-Qur’an. Kesimpulannya, amalan berterusan ini membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadan dengan hati yang bersih dan jiwa yang suci, natijahnya insya-Allah akan mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sumber: Pelita Brunei

ILMU DIDIDIK DAN DIAJAR DENGAN ACUAN ALLAH SWT : PERASMIAN TG. PRESIDEN SEMPENA MAKPEN.

Ucapan perasmian oleh DSTG Presiden PAS dlm Seminar Pendidikan Sekolah2 Islam Terengganu :


1. Memulakan ucapan dgn ayat al-Quran
ูˆุนู„ู… ุงุฏู… ุงู„ุงุณู…ุงุก ูƒู„ู‡ุง ุซู… ุนุฑุถู‡ู… ุนู„ู‰ ุงู„ู…ู„ุงุฆูƒุฉ ูู‚ุงู„ ุงู†ุจุคู†ู‰ ุจุงุณู…ุงุก ู‡ุคู„ุงุก ุงู† ูƒู†ุชู… ุตุฏู‚ูŠู†
Maksudnya: 'Dan Dia (Allah) mengajarkan Adam nama2 kesemuanya, kemudian Dia mengemukakan nama2 itu kpd para Malaikat. Lalu Allah berfirman: 'Beritahu Aku nama2 semua ini, jika kamu benar'.

2. Kita perlu faham pendidikan adalah suatu dasar utama manusia berada di atas mukabumi, bagi melaksanakan tugas di bumi.

3. Makhluk manusia ada peranan ibadah, khilafah, laksana syariah.

4. Allah menjelaskan acuan agamaNya yg tersendiri, menurut fitrah yg ada kpd manusia, tidak ada kpd makhluk yg lain.

5. Manusia ada fitrah tersendiri yg menjadikan dia layak memakmurkan bumi.

6. Nabi Adam ditunjukkan sendiri oleh Allah makhlukNya yg baik iaitu malaikat, ditunjuk makhluk yg jahat iaitu iblis. Dimasukkan ke dlm syurga, ditarbiah jasad, roh, akal. Diutus ke bumi, kemudian melaksanakan tugas di bumi.

7. Allah utuskan Nabi akhir zaman, Muhammad SAW dgn agenda lebih besar. Dibekalkan dgn pelbagai prasarana supaya dpt menunaikan tangungjawab.

8. Nabi SAW dilahirkan di padang pasir, ditarbiah dgn suasana tersendiri supaya terdidik dgn keadaan yg lain dari manusia lain.

9. Pembangunan insan berlangsung di Mekah, dan diteruskan hingga ke Madinah. Islam ditegakkan dgn hebat sehingga akhirnya dpt menumbangkan 2 kuasa besar dunia.

10. Islam berkembang dgn tamadun tersendiri, yg tidak sama dgn tamadun kebendaan lain yg merosakkan spt tamadun Namrud, Firaun dll, dgn erti mereka ini tidak membangunkan dunia menurut acuan asal yg dikehendaki Allah.

11. Ilmu berkembang dlm tamadun Islam secara berakhlak, walaupun dlm medan perang. Begitu juga dlm perubatan dan lain-lain.

12.Barat kemudiannya mengambil ilmu dari Islam tapi kosong dari isi aqidah.

13. Dua batu pejal yg ada di 'pantai' negara umat Islam: AlQuran & Mekah. Kedua2 ini menjadi asas ilmu. Quran dipertahan walaupun tak reti baca & tidak difahami.
Mekah dipertahankan & mendapat perhatian umat Islam.


14. Barat berusaha memusnahkan Islam dgn cara menubuhkan sekolah misionari di negara umat Islam utk memurtadkan org Islam dari ugama mereka. Ketika itu ada ulama yg melarang menghantar anak ke selolah ini (kerana kesan aqidah yg kuat yg merosakkan).

15. Anak Melayu yg keluar dari sekolah Inggeris ini boleh jadi DO bila habis darjah 3. 

16. Sekolah agama ditekan, ditindas. Ulama buka pondok dlm keadaan tertekan dan sukar. Pelajar yg bijak pergi sekolah org putih. Tetapi ada pljr Melayu yg lahir dari sekolah Inggeris juga mendpt kefahaman Islam kemudiannya menentang Inggeris.

17. Mereka buat sekolah aliran kebangsaan. Pelajaran agama ada, tapi x banyak. Sejarah ada tapi sejarah zaman jahiliah, sejarah umat Islam diabaikan. Diulit dgn aliran kebangsaan dgn diabaikan agama.

18. Kalau di negara kita, pelajar dari aliran inilah yg melahirkan umno. Guru2 MCKK diguna utk kempen di kg2 sehingga menang dlm tahun 1955.

19. Umat Islam yg faham bangun menentang, antaranya melalui sekolah Islam dgn tujuan menguatkan tarbiah-kuatkan bahasa Arab, ilmu fardhu ain pada setiap org yg mesti dipelajari.

20. Kita tidak mampu membina fakulti2 lain yg byk dlm bidang akademik sehingga kita mengambil aliran agama dan aliran kebangsaan yg dimasukkan dgn roh Islam. 

21. Di tahun 70an, kita berjaya membawa mesej Islam dlm pelbagai agensi.

22. Sekolah aliran agama sgt byk bebanan & dugaan, sehingga ada yg tanya, nak kerja apa bila keluar nanti?

23. Pak Natsir jadi pemerintah Indonesia. Beliau dari Parti Masyumi. Pak Natsir buat pasantren spt sekolah yg ada di Bogor. Pak Natsir kata: 'yg lulus dari pasantren ini tidak diberi sijil supaya mereka tak lari dari kerja jemaah'.

24. Kita tak mampu buat seperti ini. Bekas pelajar kita ada yg berjaya dlm pelbagai bidang. Ada yg jadi calon praya, berkhidmat dalam pelbagai bidang & sektor dalam kerajaan & swasta.

Catatan:
Ust Nik Muhammad Nasri Nik Malek
Ketua Lajnah Media Baharu
Dewan Ulamak PAS Terengganu
30 Mei 2015
10.10 pagi

jambori amal kuala kangsar 2008