pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 1 Ogos 2012

ARTIS HIJRAH : KENAPA UNGKIT KISAH LAMA ?


Kenapa ungkit kisah sebelum hijrah, soal Aishah


KUALA LUMPUR: Artis bersuara emas, Wan Aishah Wan Arifin (gambar), melahirkan rasa kesal terhadap pihak tertentu khususnya di kalangan media ingin mendedahkan kisah hidup artis yang lampau.

Menurut Aishah, tindakan itu kerana tidak berpuas hati pihak berkenaan terhadap mana-mana artis yang telah berhijrah.

“Namanya pun dah berhijrah, buat apa nak ungkit-ungkit kisah lama, dah namapun berhijrah.

“Macam kes Abby Abadi ada pihak media yang kata awak mesti ingat ada kisah awak sebelum ni yang boleh dedahkan, betul ke cara macam tu?. Namapun dah berhijrahkan?,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan artis yang telah berhijrah sentiasa dijadikan isu negatif walaupun bulan Ramadan ini.

Beliau juga melahirkan rasa kesal apabila sesama Islam mengutuk penghijrahan artis terutama di laman social facebook dan twitter, sedangkan memperkatakan keindahan Islam menjadi tanggungjawab semua pihak.

Sambungnya, tidak semestinya golongan ustaz, ustazah sahaja wajib menerangkan kebaikan Islam, sebaliknya semua manusia yang beragama Islam mempunyai tanggungjawab itu.

“Ini tidak, ustazah jadianlah, dah nak senja baru nak insaf dan macam-macam lagi,”ujarnya sambil ketawa kecil.

Katanya, sepatutnya mereka berikan sokongan pada artis yang telah berhijrah.

Menurutnya, beliau sendiripun membuat keputusan itu kerana yakin dengan perjuangan parti PAS yang membela nasib masyarakat di negara ini tanpa mengira bangsa dan agama.

"Jadi siapa lagi kita nak tumpang, kalau bukan sebuah perjuangan yang membawa kebaikan dan kebenaran untuk kelangsungan kehidupan yang kekal di akhirat?”ujarnya.

Jenama tudung sendiri

Menyentuh tentang Abby Abadi (gambar) yang telah ditamatkan kontraknya sebagai duta tudung Alhumaira Cotemporary, beliau menyambutnya dengan tenang dan memahami.

Jelas Aishah, ia menjadi hak syarikat itu sendiri untuk membuat keputusan untuk kepentingan syarikatnya sendiri.

“Bagaimanapun Abby jangan risau kerana rezeki Allah ada di mana-mana, Allah tidak akan menzalimi hambaNya.

“Cadangan supaya Abby mengadakan jenama tudungnya sendiripun satu cadangan yang baik juga…, bagus”ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.

Aishah masih meneruskan rutinnya memenuhi jemputan ceramah sepanjang bulan Ramadan ini.

Semalam beliau baru pulang dari memenuhi jemputan di Negeri Sembilan
.

Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008