pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 5 Ogos 2012

MAJLIS PENERANGAN RAKYAT DI BADAR AL KUBRA!


CERAMAH PENERANGAN ISU – ISU SEMASA TETAP AGENDA PAS DI BULAN AL MUBARAK

Bukanlah menjadi halangan, sebaliknya inilah perjuangan Islam yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika beribadah puasa di bulan Ramadhan apabila menghadapi peperangan Badar al Kubra.

BATU 16, SG. SUMUN, 4 Ogos : Kehadiran Ramadhan tidak sedikit pun menghalang PAS Kawasan Bagan Datoh dalam usahanya menerangkan isu – isu semasa politik yang berlaku di Negara ini. Terbaharu, PAS kawasan dengan kerjasama PAS Cawangan Batu 16 telah menganjurkan majlis ceramah penerangan yang disampaikan oleh Dato’ Salleh Man.


Dato’ Salleh Man merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN Permatang Pasir ) Pulau Pinang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang. Beliau turut menyandang jawatan baharu kini apabila dilantik sebagai Yang Dipertua ( YDP ) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang setelah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong ( YDPA ) baru – baru ini.



Kehadiran beliau untuk berceramah telah disambut baik penyokong dan penduduk tempatan dalam kira –kira jam 10. 00 malam setelah menunaikan solat sunat tarawikh di masjid berhampiran.


Dalam ceramahnya, beliau banyak menerangkan isu – isu yang berlaku di negeri Pulau Pinang dan menjawab segala tohmahan serta fitnah yang dilemparkan oleh pihak Umno/ BN di sana.

Selain itu, Dato’ Salleh yang juga ADUN Permatang Pasir amat menekankan serta memperingatkan seluruh rakyat khususnya di Perak agar tidak percaya dan menolak segala pembohongan mereka ( Umno/ BN ). Katanya, mereka  hanyalah sekadar mencipta isu yang tiada dan kadang kala ianya berlaku di zaman pemerintahan Gerakan/ BN di negeri itu suatu ketika dahulu.


Taktik menakutkan rakyat bahawa orang Melayu akan hilang kuasa sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam Pilihanraya Umum cumalah satu langkah terdesak Umno/BN untuk menarik kembali sokongan rakyat. Namun, rakyat perlu tahu dan sedar berdasarkan fakta dan perlembagaan adalah mustahil bangsa selain melayu akan menjadi ketua pemerintahan ( Perdana Menteri )  dan beberapa perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan Negara.


Beliau turut menjawab isu dan tohmahan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng. Beberapa isu kadang kala hanyalah mainan politik mereka ( Umno/ BN ) semata – mata memburukkan pentadbiran negeri di bawah Pakatan Rakyat.


Turut hadir pada majlis ceramah penerangan tersebut ialah Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki ( YDP PAS Bagan Datoh- Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak ) dan Sdr. Madhi Hassan ( Ketua Cabang PKR Bagan Datoh ).

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008