pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 4 Ogos 2012

KEMPEN BARU BILA DUIT TAK CUKUP..


Duit tak cukup, PIBG kempen 1M1RK4


SHAH ALAM: BR1M, K1M dan pelbagai 1 Malaysia lagi yang dibuat kerajaan untuk memancing undi, namun di Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam lain pula jadinya.

Di sini, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) terpaksa membuat kempen 1M1RKA4 atau 1 Murid 1 kertas A4.

Ini kerana, menurut surat yang dihantar PIBG kepada ibubapa, peruntukan Kementerian Pelajaran untuk membeli kertas tidak mencukupi.

Ia perlu untuk kegunaan ujian dan peperiksaan.

Pihak sekolah juga, kata surat itu, kekurangan dana untuk menangani masalah ini.

"Sehubungan itu, pihak PIBG memohon agar pihak ibubapa/penjaga murid SKS19 dapat menyumbangkan 1 Murid 1 Rim kertas A4 untuk setiap murid.

"Sekiranya tuan/puan tidak dapat menyediakan kertas A4, tuan/puan bolehlah menyumbang RM10 untuk seorang anak," kata surat yang ditanda tangani Hashim Anang, YDP PIBG sekolah itu
.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008