pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 9 Ogos 2012

EHYA' RAMADHAN PAS BAGAN DATOH : AJAK UMAT ISLAM HAYATI KEBERKATAN RAMADHAN


EHYA RAMADHAN 1433 PAS BAGAN DATOH MERIAH:


BAGAN DATOH, Ramadhan 1433: Sebagai menghayati keberkatan bulan yang mulia kali ini,pelbagai program Ehya' Ramadhan telah diatur serta dijalankan oleh PAS Kawasan Bagan Datoh sepanjang Ramadhan ini. Seawal hari pertama PAS Bagan Datoh melalui kepimpinannya yang diketuai oleh YDP Kawasan, Ust Misbahul Munir b Hj Masduki telah menghidupkan Ramadhan dengan mendekati rakyat pelbagai peringkat dan lapisan.


Tanpa menghiraukan penat dan lelah, YDP PAS Kawasan berulang alik hampir setiap hari dari Ipoh ke Bagan Datoh untuk sama-sama iftar ( berbuka puasa ) dengan orang ramai di masjid-masjid atau surau dan juga di markaz PAS. Selain itu pelbagai program diperkenalkan untuk mengajak umat Islam mengambil kesempatan meningkatkan amalan dan memuhasabah diri seperti tazkirah sebelum berbuka, tazkirah selepas tarawih, tadarrus dan tafhim al quran, kuliah subuh, kuliah dhuha, ceramah sambutan Badr al Kubra, Nuzul Quran dan sebagainya.

Rata-rata masyarakat menyambut baik usaha yang dilakukan oleh pihak PAS. Umat Islam bukan sahaja menjalani ibadah puasa sebagaimana biasa tetapi nilai ilmu, dakwah, kebajikan dan kemasyarakatan juga dapat diterapkan.

Lazimnya, sebelum berbuka diadakan majlis tahlil dan doa selamat, kali ini beberapa buah tempat selain tahlil turut juga diadakan tazkirah Ramadhan sebelum berbuka bagi tujuan memuhasabah diri, mengingatkan tanggungjawab terhadap Allah swt dan juga mengingati adanya balasan baik dan buruk terhadap apa sahaja amalan yang dikerjakan.

Selain itu, sebagaimana kelaziman tahun-tahun lepas, PAS Kawasan Bagan Datoh turut menyediakan Bubur Lambuk setiap hari. Dua periuk besar disediakan bagi menyediakan kira-kira 500 bubur lambuk setiap hari. Bubur Lambuk PAS kawasan Bagan Datoh yang dimasak dan disediakan di Markaz PAS Selekoh mendapat sambutan yang hebat dari penduduk kampung. Orang bukan Islam juga turut menikmati hidangan Bubur Lambuk. Sebelum Asar lagi bubur Lambuk sudah kehabisan. Bubur Lambuk juga turut diedarkan percuma kepada orang ramai di bazar-bazar Ramadhan yang jauh dari markaz.

Warga miskin, orang kurang upaya, ibu tunggal, warga uzur dan anak-anak yatim turut mendapat perhatian dari kepimpinan PAS Kawasan Bagan Datoh. setiap tahun mereka mendapat sumbangan berupa hamper barangan keperluan dapur dan sedikit duit raya. Manakala warga uzur akan dilawati oleh YDP Kawasan dari rumah ke rumah pada sebelah petang sebelum menghadiri mana-mana Majlis berbuka puasa.

Program Ehya' Ramadhan bertambah meriah dengan kehadiran YB Datuk Hj Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS bersama Wan Aisyah (bekas penyanyi yang telah berhijrah) dalam majlis buka Puasa dan sambutan Badr Kubra & Nuzul Quran di Markaz PAS Kawasan Bagan Datoh, Selekoh. Selain itu YB Datuk Saleh Man, Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang akan hadir dalam program berbuka bersama rakyat di Masjid Pt 11 Baroh dan ceramah akan diadakan di markaz PAS Baru 16.

Muslimat pula mengatur programnya yang tersendiri bagi menghidupkan Ehya' Ramadhan. Kuliah Dhuha untuk kaum Ibu diadakan setiap minggu di Masjid Rungkup Kecil dan Surau Pak Kiyai Masduki, Sg. Tiang Darat. Kuliah disampaikan sendiri oleh YDP Kawasan Bagan Datoh. Program Tadarus dan Tafhim Al Quran juga diadakan bagi tujuan menghayati al Quran secara tadabbur di markaz PAS Kawasan.
YDP Menyampaikan cenderamata dan sumbangan kepada peserta tadarrus Al Quran Dewab Muslimat PAS Kawasan

Anak-anak Yatim turut mendapat perhatian PAS Kawasan Bagan Datoh.

Salah seorang penerima hamper ( sumbangan ) daripada PAS Kawasan Bagan Datoh dalam satu majlis berbuka puasa anjuran PAS Kawasan.

Kehadiran Aisyah dan Dato' Mahfuz menyeriakan lagi Ehya' Ramadhan Bagan Datoh. (Ceramah Aishah tentang penghijrahannya sangat menyentuh perasaan terutamanya kaum ibu.)

Para petugas sedang sibuk membungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai.

Ustaz Misbahul Munir menghulurkan bubur lambuk kepada orang ramai yang datang sendiri ke Markaz PAS Selekoh.

Bubur Lambuk disediakan secara gotong royong setiap hari oleh para petugas.

Ustaz Misbahul Munir sedang menyampaikan tazkirah sebelum majlis berbuka puasa di Markaz PAS kawasan ketika majlis Iftar bersama Dato' Mahdfuz Omar.

Dato' Mahfuz Omar dan Aishah Ariffin penyeri majlis Ehya' Ramadhan Bagan Datoh dalam sebuah majlis.

YDP turut hadir dalam majlis berbuka puasa di Madrasah Al Ulum As Syariah, Batu 20.

YDP menyampaikan sumbangan hamper kepada mereka yang layak menerima.

Anak-anak yatim berbaris menerima sumbangan daripada pihak PAS Kawasan.

Majlis Khatam Al Quran di Surau Kg. Tebuk Che Agus turut dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Bagan Datoh.

Beberapa hamper ( barangan sumbangan ) siap untuk diagihkan kepada fakir miskin dan penerima di sekitar Bagan Datoh.

YDP sedang menyampaikan tazkirah ramadhan di Masjid Al Khairi, Kg. Simpang 3.

 Pak Khudri yang sedang keuzuran turut dilawati oleh YDP, Ustaz Misbahul Munir Masduki.

YDP menyatuni orang ramai dengan menyampaikan bubur lambuk di pasar malam Bagan Datoh.


 Sumbangan hamper disampaikan kepada penerima di Masjid Islahiah,Kg. Matang Kunda.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008