pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 5 Ogos 2012

EHYA' RAMADHAN PAS BAGAN DATOH DITERUSKAN LAGI.


EHYA’ RAMADHAN : PAS TERUSKAN TRADISI BERI SUMBANGAN RAYA DAN MAJLIS IFTAR BERSAMA RAKYAT

Sebagai memenuhi tuntutan Islam sempena bulan Ramadhan dengan memberi sumbangan kepada mereka memerlukan dan majlis berbuka puasa di masjid – masjid bersama jemaah.

Ustaz Misbahul Munir selaku YDP PAS Bagan Datoh menyatuni rakyat dengan bersama – sama berbuka puasa dan menyampaikan sendiri sumbangan kepada penerima.

MATANG KUNDA, 15 Ramadhan : Ahli Jawatankuasa Masjid Islahiah sekali lagi dengan kerjasama Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan telah menganjurkan majlis berbuka puasa ( iftar ) dan penyampaian sumbangan barangan kepada ahli kariah yang memerlukan sebagai persiapan menghadapi perayaan Aidilfitri tahun ini.


Majlis bermula seawal jam 6.45 petang tersebut dimulai dengan majlis bacaan tahlil yang diimami sendiri oleh Imam Masjid Islahiah, Al Fadhil Ustaz Mohd Fairos Ashaari. Seusai majlis tersebut, sebagai pengisian sementara menanti waktu berbuka puasa, pengisian tazkirah telah disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki.


Beliau mengingatkan bahawa di bulan penuh keberkatan dan keistimewaan ini, perlu diingati oleh umat islam semua bahawa terdapat dua peristiwa besar dan penting untuk umat Islam yang berlaku di bulan Ramadhan. Peristiwa tersebut ialah, penurunan Al – Quran ( Nuzul Quran ) kepada Nabi Muhammad SAW dan peperangan pertama dalam sirah Islam iaitu peperangan Badar.


“ Menjadi keutamaan umat Islam ialah memahami dan menjadikan Al – Quran sebagai panduan dan pedoman hidup.” Ujar beliau sebagai peringatan bersama.

Kira – kira 15 minit tazkirah tersebut, majlis seterusnya ialah berbuka puasa secara berjemaah.



Setelah selesai para Jemaah melaksanakan solat fardhu Maghrib dan sunat, majlis diteruskan lagi dengan majlis penyampaian sumbangan berupa barangan dapur kepada golongan memerlukan sebagai persiapan menghadapi musim perayaan Aidilfitri serta sumbangan kepada anak yatim disekitar kariah tersebut. 





Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008