pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 11 Ogos 2012

MANA KESAN RM1b : JENAYAH MAKIN MENINGKAT!


Jenayah: Sejauh mana berkesan peruntukan RM1b?


Pendahuluan
Tanggal 8 Ogos 2012, bekas pengarah Bahagian Siasatan Jenayah (CID) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari menggesa pihak polis membuat serapan tugas-tugas bahagian tertentu, termasuk anggota Cawangan Khas (SB) dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke Bahagian Siasatan Jenayah (CID) bagi mengurangkan jenayah yang dikatakan semakin tidak terkawal. Kenyataan bekas pengarah CID ini juga membuktikan kenyataan Kerajaan Barisan Nasional (BN) bahawa kadar jenayah telah menurun berpunca daripada kejayaan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP)  untuk menangani masalah jenayah di negara ini lebih merupakan suatu kenyataan melangkaui kebenaran.[1]

Pada 3 Julai 2012, pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mempersoalkan berdasarkan fakta, rasional kebanyakan pihak polis dipindahkan tugasan kepada tugasan pengintipan. Menurut statistik penempatan polis 2011, sebanyak 5,050 anggota SB, 32,656 anggota di bahagian keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam (termasuk FRU) dan 9,346 orang polis iaitu sebanyak 24.8 peratus daripada keseluruhan polis bertugas di bahagian siasatan jenayah.

Pada 25 Julai 2012, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) melancarkan Hala Tuju Pelan Transformasi Kerajaan 2.0 (GTP 2.0) bertujuan mengukuhkan beberapa inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi tempoh tahun dari 2013 hingga 2015. Inisiatif-inisiatif GTP 2.0 termasuklah mengurangkan kadar aktiviti jenayah walaupun pihak berkuasa menyatakan indeks jenayah telah berkurangan sebanyak 11.1 peratus daripada 177,520 kes pada tahun 2010 kepada 157,891 pada tahun 2011 manakala jenayah jalanan menurun daripada 38,030 kepada 22,929.[2]

Sebanyak 35 inisiatif baru (Sila lihat Jadual 1) akan dilaksanakan untuk mengurangkan kadar aktiviti jenayah. Inisiatif-inisiatif baru ini termasuklah memperbanyakkan rondaan tempat letak kereta, Dasar Omnipresence, SistemMyDistress, memutihkan kawasan jenayah serta meningkatkan keberkesanan para penguatkuasa di seluruh negara menangani perbuatan pecah rumah.

Jadual 1: 35 Inisiatif-Inisiatif Baru di bawah NKRA untuk Mengurangkan Jenayah[3]
Mengurangkan indeks jenayah
1.         Memperbanyakkan rondaan tempat letak kereta.
2.         Mengambil tindakan terhadap bengkel kereta haram.
3.         Penubuhan pasukan siasatan khas.
4.         Pengimbasan kontena yang lagi sistematik, pantas dan cekap.
5.         Memperkukuhkan penggunaan alat komunikasi Mobile Computerised Assist
Device (MCAD).
6.         Perindustrian di Penjara.
7.         Menambahkan keberkesanan program pemulihan banduan (Program Pemulihan
Insan – PPI).
8.         Program asimilasi banduan selepas keluar dari penjara.
9.         Memperkenalkan rawatan ketagihan dadah  dan program pemulihan.
10.       Program rawatan dan pemulihan dadah diserahkan kepada Badan Bukan
Kerajaan (NGO).
11.       Memberi peluang pekerjaan kepada penagih dadah yang berada dalam program
pemulihan dadah.
12.       Memperkenalkan kawalan ketat terhadap pengimportan dan pengedaran bahan-
bahan psikotropik.
Menangani kes pecah rumah
13.       Dasar Omnipresence.
14.       Penubuhan pasukan petugas khas pencegah pecah rumah
15.       Kerjasama pintar.
16.       Pelaksanaan panduan Crime Prevention Through Environmental Design
(CPTED).
Indeks Persepsi Keselamatan
17.       Dasar Omnipresence.
18.       ”Pemutihan” kawasan hitam jenayah.
19.       Sistem MyDistress.
20.       Memperkukuhkan program-program sukarelawan melalui dasar-dasar
komuniti.
21.       Peningkatan kesedaran  keselamatan laluan pejalan kaki.
22.       Program Rakan Cop.
23.       Penubuhan unit perhubungan awam PDRM.
24.       Melancarkan kempen kesedaran wanita.
25.       Memperluaskan program Sukarelawan Simpanan Polis (PVR).
26.       Penganjuran hari kesedaran jenayah
27.       Siasatan bebas dari pengaruh mana-mana pihak
Meningkatkan kadar siasatan laporan polis
28.       Menurunkan  nisbah skala pegawai dan laporan polis sehingga 1:5.
29.       Meningkatkan keberkesanan siasatan.
30.       Memperkukuhkan kerjasama antara PDRM, Pejabat Peguam Negara dan pihak
berkuasa yang lain.
Meningkatkan kepuasan rakyat terhadap polis
31.       Pelaksanaan Sistem Semakan Online (SSO).
32.       Mengurangkan tempoh perjalanan ke tempat kejadian.
33.       Menyediakan kaunseling.
34.       Menyediakan jadual kedudukan balai polis mengikut prestasi balai polis
35.       Menjalankan siasatan bebas dari pengaruh mana-mana pihak.
Sumber: GuangMing Daily[4]

Tindakan penambahan inisiatif baru dapat dilihat sebagai percubaan Kerajaan BN sedang menyembunyikan paras kadar jenayah yang sebenar sebelum Pilihan Raya Umum Ketigabelas (PRU-13). Ini adalah untuk memberikan suatu ”perasaan bagus”untuk membuktikan kejayaan di bawah naungan Datuk Seri Najib Tun Razak. Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menafikan inisiatif-inisiatif baru itu dilancarkan untuk menangani kadar jenayah yang tinggi. Sebaliknya beliau berusaha untuk mengubah persepsi rakyat bahawa KDN serius dalam menangani segala kes jenayah yang berlaku.

Ahli Parlimen Tony Pua menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencontohi sikap profesional polis British dalam usaha mengumumkan statisitik terperinci mengenai jenayah di laman web mereka. PDRM seharusnya melakukan perkara yang sama untuk memberikan keyakinan kepada rakyat mengenai situasi sebenar paras kadar jenayah dalam negara.

Statistik PDRM dikecam oleh rakyat sebagai “tidak benar”. Pendapat ini juga dikongsi oleh bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang juga mendakwa kadar indeks sebenar jenayah dalam negara sememangnya telah meningkat kepada tahap yang membimbangkan.[5] Menurut beliau, kadar jenayah di seluruh dunia meningkat akibat daripada kemerosotan ekonomi dunia yang berpunca daripada kemelesetan ekonomi yang berlaku di Eropah.[6]

Namun kenyataan ini telah disangkal oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang menyifatkan kenyataan Musa Hassan sebagai sekadar “kenyataan peribadi”.[7] Beliau mengakui berlakunya kes jenayah dalam negara namun kadar jenayah masih terkawal.[8]

Peruntukan Kerajaan BN untuk Mengurangkan Jenayah

Kerajaan BN di bawah Najib memperuntukkan NKRA untuk menunjukkan keistimewaan dan cara pentadbiran yang berbeza dengan Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Najib telah memulakan GTP dan program transformasi ekonomi (ETP) pada tahun 2010 selepas beliau mengambil alih kuasa Perdana Menteri daripada Badawi.

Pemandu, suatu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab dalam penyampaian dan pemacuan kemajuan kedua-dua program kerajaan persekutuan ini.

Bermula pada tahun 2011, Kerajaan BN mula memberi peruntukan wang kepada inisiatif di bawah enam tonggak atau NKRA dalam GTP yangberdasarkan isu yang dikatakan sebagai paling kritikal oleh rakyat dan perubahan yang dikehendaki oleh rakyat yang mampu memberikan hasil positif yang pantas dan pada masa yang sama, realistik berdasarkan keadaan semasa.

Baru-baru ini pada 10 Julai 2012, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah menyatakan bahawa 71 peratus daripada peruntukan GTP dibelanjakan untuk perhubungan awam pada tahun 2012.

Jadual 2: Peruntukan Kerajaan BN kepada NKRA berhubung Jenayah
2011
%
2012
%
Jabatan Perdana Menteri




Crime
9,100,000
100
-
-
Jumlah
9,100,000
100


Kementerian Dalam Negeri (secaraOne-Off)




NKRA: Crime - Reduce Overall Index Crime
14,304,400
4.1
8,814,800
3.7
NKRA: Crime - Reduce Street Crime
53,112,400
15.1
27,789,400
11.6
NKRA: Crime - Reduce Fear of Crime
166,073,000
47.3
169,617,500
70.7
NKRA: Crime- Increase Violent Crime Offenders Brought to Justice
25,931,200
7.4
6,574,900
2.7
NKRA: Crime- Increase Public Satisfaction
91,584,800
26.1
27,052,600
11.3
Jumlah
351,005,800
100
239,849,200
100
Kementerian Dalam Negeri




NKRA I-Mengurangkan Kadar Jenayah (Crime)
182,993,000
100
112,000,000
100
Jumlah
182,993,000
100
112,000,000
100
Jumlah
543,098,800

351,849,200

Sumber: Laporan Belanjawan 2011 dan 2012, disusun oleh KPRU.

Berdasarkan Jadual 2, peruntukan kepada GTP secara One-Off boleh didapati pada tahun 2011 dan 2012. Selain itu, Jabatan Perdana Menteri juga mendapat peruntukan di bawah perkara Crime sebanyak RM9.1 juta pada tahun 2011. Tetapi tiada peruntukan sebegitu bagi tahun 2012.

Pada tahun 2012, sebanyak RM8.8 juta atau 3.7 peratus telah diperuntukkan untuk NKRA- Crime - Reduce Overall Index Crime, Pengurangan Indeks Aktiviti Jenayah untuk mencegah dan memberi latihan tindak balas cekap kepada pihak berkuasa bagi menangani perbuatan jenayah kecurian kenderaan dan pecah rumah. Pada tahun 2011, inisiatif ini diperuntukkan sebanyak RM14 juta.

Manakala sebanyak RM27.8 juta atau 11.6 peratus diperuntukkan untuk NKRA: Crime Reduce Street Crime, Pengurangan Jenayah Di Jalanan. Tahun 2011 mendapat peruntukan sebanyak RM53.1 juta; sebanyak RM6.6 juta atau 2.7 peratus diperuntukkan untuk Crime- Increase Violent Crime Offenders Brought to Justice, iaitu usaha meningkatkan bilangan pesalah ganas dibawa ke muka pengadilan. Tahun 2011 telah mendapat peruntukan RM26 juta di bawah inisiatif ini.

Selain itu, Kerajaan BN memperuntukkan RM27 juta atau 11.3 peratus untuk Crime- Increase Public Satisfaction, Meningkatkan Tahap Kepuasan Orang Awam Dengan Pihak Polis. Tahun 2011 mendapat peruntukan RM91.6 juta di bawah inisiatif ini. Di samping itu, sebanyak RM170 juta atau 70.7 peratus diperuntukkan bagi mengurangkan Perasaan Takut terhadap aktiviti Jenayah (Crime - Reduce Fear of Crime) di mana RM166 juta telah diperuntukkan pada tahun 2011 bagi inisiatif ini.

KEADILAN turut mendakwa Kerajaan BN mengambil 71 peratus untuk perkhidmatan awam pada tahun 2012 tapi bukan untuk usaha membanteras jenayah. Namun, KPRU menyedari bahawa KDN juga mendapat peruntukan (pembangunan) Kerajaan BN di bawah perkara jenayah. Oleh demikian, jumlah Kerajaan BN bagi usaha  membanteras jenayah adalah sebanyak RM352 juta secara keseluruhan di bawah Belanjawan Negara 2012 dan jumlah keseluruhan pada tahun 2011 ialah RM543 juta. Walaupun angka ini tidak mencapai 1 peratus daripada keseluruhan Belanjawan Negara tahun 2011 dan 2012. Namun jumlah peruntukan Kerajaan BN berhubungperkara jenayah menghampiri angka RM1 bilion selepas GTP dilaksanakan!

Prestasi Penyiasatan Jenayah Lemah

KDN mendakwa bahawa kadar jenayah telah menurun sebanyak 50 peratus, menunjukkan NKRA telah mencapai kejayaan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah. Sungguhpun kadar indeks jenayah bagi tahun 2012 mencatatkan penurunan,  namun rakyat masih mempunyai persepsi bahawa mereka tidak selamat.

Jadual 3: Persepsi Rakyat terhadap Rakyat berbanding dengan Kadar Indeks Jenayah
Sumber: Laporan GTP2.0

Merujuk kepada Jadual 3 yang dipetik daripada Laporan GTP2.0, persepsi rakyat terhadap jenayah adalah lebih tinggi daripada jumlah aktiviti jenayah secara keseluruhan.[9] Jadual ini juga menunjukkan persepsi rakyat terhadap aktiviti jenayah berada di tahap yang amat tinggi pada tahun 2002, tetapi aktiviti jenayah di bawah statistik sebenarnya menunjukkan kadar yang kian menurun sejak tahun 1996.  Namun jurang antara presepsi rakyat terhadap jenayah dan aktiviti jenayah keseluruhan adalah lebih kecil pada tahun 2011 berbanding dengan tahun 2002.

Kerajaan BN mendakwa bahawa perasaan tidak selamat selari dengan kadar peningkatan aktiviti jenayah hanya merupakan persepsi rakyat dan tidak mencerminkan  keadaan sebenar. Sementara itu, Ketua Polis Negara, Ismail juga menyeru orang ramai jangan mempercayai sepenuhnya laporan kejadian jenayah yang disebar menerusi jaringan media sosial. Beliau juga menyifatkan perbuatan menyebarkan kejadian lama di laman web untuk menambahkan kebimbangan orang lain merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan tidak bermaruah.[10]

Namun, pengalaman hidup rakyat terbanyak pula memaklumkan cerita yang berlainan. Punca perasaan tidak selamat ini bukan sahaja bersumberkan perkongsian maklumat dalam jaringan media sosial, tetapi juga berpunca daripada pengalaman sekeliling dan terpenting sekali adalah daripada prestasi PDRM yang kurang memuaskan. Merujuk kembali prestasi penyiasatan jenayah pada tahun 2009-2012, didapati prestasi PDRM dalam menyelesaikan siasatan jenayah adalah kurang memuaskan. Kekurangan keyakinan pada PDRM juga menyebabkan rakyat tidak dapat menerima statistik KDN bahawa kadar indeks jenayah telah menurun.

Jadual 4: Prestasi Penyiasatan Jenayah 2009-2012

2009 (sebenar)
2010 (sebenar)
2011 (Anggaran)
2012 (Anggaran)
Bil. Kertas Siasatan Dibuka (kes jenayah indeks)
311,645
211,645
231,064
231,064
Bil. Kes Selesai
93,431
93,431
90,702
90,702
%
30
44.1
39.3
39.3
Sumber: Laporan Belajawan 2011 dan 2012

Jadual 4 telah menunjukkan bahawa bilangan kertas siasatan yang dibuka pada tahun 2009 adalah sebanyak 312,000, namun hanyalah 30 peratus iaitu 93,000 kes diselesaikan. Pada tahun 2010, bilangan kertas siasatan dibuka telah menurun kepada 212,000, dan peratus bilangan kes selesai juga meningkat. Namun bilangan kes selesai sebenarnya tidak berbeza dengan tahun 2009. Seterusnya, pada tahun 2011 dan tahun 2012, anggaran bilangan kertas siasatan yang dibuka meningkat kepada 231,000. Malahan bilangan kes selesai masih dalam lingkungan 39.3 peratus, tidak lebih daripada 40 peratus.

Berdasarkan kenyataan Menteri Dalam Negeri, bertarikh 13 Januari 2012, bilangan anggota PDRM serta sukarelawan sedia ada adalah sebanyak 27,162 orang pada tahun 2011 dan dijangka mencatatkan penambahan ahli sebanyak dua kali ganda iaitu jumlah sebanyak 62,191 orang pada tahun 2012.

Berdasarkan data KDN, daripada 62,191 orang, 42,387 orang adalah penambahan dari kalangan anggota polis, iaitu tambahan sebanyak 20,273 anggota daripada 21,624 sedia ada pada 2011. Pada masa yang sama, jumlah tambahan keseluruhan anggota sukarelawan adalah sebanyak 14,266 orang pada tahun 2012. Mereka terdiri daripada 11,452 orang anggota Rela, 8,307 orang anggota Jabatan Pertahanan Awam JPAM dan 45 orang lagi dari sumber lain-lain.[11] Jumlah anggota PDRM dijangka mencapai 150,000 orang menjelang tahun 2015.

Walau bagaimanapun, tidak menghairankan apabila prestasi polis berkenaan dengan penyiasatan jenayah tidak memuaskan apabila sebahagian besar polis diarah untuk menjalankan tugas pengintipan maklumat dan bukannya pencegahan jenayah.

Menurut kenyataan Presiden KEADILAN Wan Azizah bertarikh 3 Julai 2012, Kerajaan BN sudah lama membebankan polis dengan tugasan-tugasan yang tidak masuk akal. Pada tahun 2010, SB telah menghasilkan 382,000 laporan mengenai kegiatan politik rakyat. Mereka juga telah menjalankan 351,000 pemeriksaan keselamatan ke atas rakyat. Pada keseluruhan SB telah menghasilkan 733,000 laporan dan berjaya mengintip kira-kiran 4.3 peratus daripada penduduk dewasa di Malaysia. Pada 8 ogos 2012, bekas pengarah (CID) Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari juga menggesa pihak berkuasa mengurangkan jumlah SB untuk membantu CID membanteras jenayah.

Anggota PDRM merupakan pegawai awam yang berdisplin dan tegas dari segi pematuhan arahan daripada pihak atasan. Namun begitu, jika pihak atasan memberi tumpuan keterlaluan terhadap tindak-tanduk parti politik, mengintip organisasi bukan kerajaan (NGO) dan rakyat, bagaimanakah anggota polis dapat melaksanakan tugasan sebenar secara profesional dan bermaruah, iaitu menjaga keamanan dan keselamatan rakyat? Prestasi polis yang kurang memuaskan adalah akibat daripada arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan yang mempunyai kepentingan dan tidak bertanggungjawab.

Penutup Kata

KPRU mendapati tindakan Kerajaan BN di bawah GTP 2.0 dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif baru untuk menangani masalah jenayah menunjukkan kadar jenayah di negara ini semakin berleluasa. Namun, Kerajaan BN mengunakan statistik sendiri sebagai usaha memujuk orang ramai bahawa kadar jenayah masih terkawal. Tanpa mengambil kira kaedah-kaedah Kerajaan BN menghasilkan statistik berkenaan, masalah jenayah yang semakin berleluasa juga merupakan satu petanda bahawa jurang pendapatan yang semakin besar dan keadaan ekonomi negara terjejas oleh sebab ekonomi global yang meleset merupakan tantangan semasa yang perlu ditangani.

Merujuk kepada penyelidikan yang dilakukan di penyelidik-penyelidik di Ohio State University, punca pengangguran dan gaji rendah akan menyebabkan orang yang kurang pendidikan terlibat dalam kes-kes jenayah.   Penyelidikan ini turut mengkaji kadar jenayah negara Amerika Syarikat di antara tahun 1979 hingga tahun 1997 dan mendapati peningkatan jenayah sepanjang tempoh itu boleh dijelaskan oleh kadar gaji yang menurun dan peningkatan kadar pengangguran di kalangan lelaki tanpa pendidikan sehingga peringkat kolej. Oleh itu, selain usaha membanteras kadar jenayah, kita harus melihat kepada kesan pasaran buruh sebagai satu aspek yang tidak boleh diabaikan dalam aspek kadar jenayah yang meningkat.

Walaupun pihak berkuasa melaksanakan lebih banyak rondaan polis, menggubal  undang-undang baru, menjatuhkan hukuman yang lebih berat, dan mengambil langkah-langkah lain untuk mengurangkan kadar jenayah, tetapi hakikatnya pasaran buruh yang buruk mempunyai kesan mendalam dalam kita membicarakan masalah jenayah.[12]

Di samping itu, masalah jenayah yang berleluasa juga mendedahkan keseluruhan program transformasi, wawasan berlangkah ke negara pendapatan tinggi daripada Najib lebih merupakan retorik politik dan slogan cantik semata-mata. Janji-janji manis daripada Najib tidak ditepati. Rakyat tidak akan berasa gembira dan tenang sekiranya punca masalah kadar jenayah yang tinggi tidak diselesaikan.


[1] Malaysiakini, Fauzi: Kurangkan SB Untuk Bantu CID Banteras Jenayah, 8 Ogos 2012
[2] mStar, 100,000 Anggota Penguat Kuasa Untuk Banteras Jenayah, 25 Julai 2012
[3] Guang Ming Daily, 25 Julai 2012
[4] Guan Ming Daily, 25 Julai 2012
http://www.guangming.com.my/node/141548?tid=14
[5] The Malaysian Insider, Tak Perlu Sorok Fakta, Jenayah Memang Meningkat, Kata Musa Hassan, 13 Julai 2012
[6] Malaysia Chronicle, Emulate UK Cops' Detailed Statistics On Crimes', 24 Julai 2012
[7] mStar, Jenayah: Kenyataan Musa Bersifat Peribadi, 14 Julai 2012
[8] Malaysiakini, IGP: Musa Hassan Tiada Maklumat Terkini, 14 Julai 2012
[9] Pemandu.  Government Transformation Programme The Road Map 2.0
http://www.pemandu.gov.my/gtp/upload/GTP_Roadmap_2_KL_Open%20Day_2012.pdf
[10] Malaysiakini, IGP: Jangan Mudah Percaya Sebaran Kes Jenayah, 1 Ogos 2012
[11] Portal KDN, Kenyataan Media – Fokus Kementerian Dalam Negeri Dalam Membanteras Jenayah Pada 13 Januari 2012, 13 Januari 2012
[12] Ohio State University, Higher Crime Rate Linked To Low Wages And Unemployment, Study Finds
http://researchnews.osu.edu/archive//crimwage.ht
m

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008