pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 16 Ogos 2012

EHYA' RAMADHAN 1433 : DITERUSKAN DENGAN MAJLIS IFTAR BERSAMA WARGA SG. PERGAM

PENDUDUK GEMBIRA SAMBUT KEHADIRAN YDP KE MAJLIS ISFTAR

Program Ehya Ramadhan PAS kali ini diteruskan bersama penduduk Parit 1, Sg. Pergam dalam majlis berbuka puasa.

SG. PERGAM , 26 Ramadhan : Kehadiran Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Misbahul Munir Masduki ke majlis berbuka puasa disini disambut gembira oleh ahli kariah tersebut.

Majlis yang dimulakan seawal jam 7 petang itu,disertai dengan acara bacaan tahlil yang ketuai oleh imam tempatan.

Seusai bacaan, majlis diteruskan dengan menjamu hidangan berbuka yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu surau Parit 1, Sg. Pergam.

Ustaz Misbahul Munir turut mengimami solat fadhu Mahgrib dan juga menyampaikan tazkirah maghrib sebelum berangkat meninggalkan majlis.

Majlis bacaan Tahlil sedang dilakukan.

Kiyai sedang mengimami bacaan tahlil.

Jemaah sedang membaca tahlil dan menanti waktu berbuka puasa tiba.

Hj. Abu Bakar selaku pengerusi mengalu - alukan para tetamu.

Ustaz Misbahul Munir ketika menjamu selera di majlis iftar bersama warga Sg. Pergam.

Antara wakil pemuda kawasan yang hadir ke majlis.

YDP sedang meyampaikan tazkirah setelah selesai menunaikan solat Fadhu Maghrib.

Para jemaah mendengar tazkirah dengan penuh teliti dan khusyu'.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008