Perikatan itu akan mengadakan sambutan Hari Kemerdekaan PR peringkat kebangsaan di Selangor, 30 Ogos ini.

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, PR sepakat menggunakan tema dan logo yang sama bagi sambutan peringkat kebangsaan PR dan empat negeri di bawah pemerintahan PR iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sedia menyambut menggunakan tema dan logo yang sama.

"Bagi sambutan Hari Malaysia pula, PR menetapkan sambutan akan diadakan di Sabah pada 15 September dan 16 September di Sarawak," katanya.

Namun demikian, empat negeri di bawah PR bebas menggunakan tema Hari Kebangsaan negeri masing-masing bagi sambutan negeri.

"Mereka bebas menggunakan tema negeri masing-masing bagi sambutan peringkat negeri tetapi bagi sambutan peringkat kebangsaan Pakatan, kita akan guna tema dan logo yang sama," ulasnya.

Tambah beliau, negeri-negeri di bawah PR mempunyai hak sendiri untuk menggunakan tema negeri masing-masing.

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menambah yang PR menolak keras tema yang digunakan oleh kerajaan iaitu '55 tahun Janji Ditepati' kerana ia bersifat 'kepartian'.

"Tema yang digunakan oleh kerajaan berunsurkan politik, jadi kami akan meraikan Hari Kemerdekaan dengan tema dan logo kami sendiri," katanya.