pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 28 Disember 2012

CERAMAH SIRI GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT PERAK DITERUSKAN LAGI!


GELOMBANG KEBANGKITAN RAKYAT : KEHADIRAN MANTAN MB BERI SUNTIKAN RAKYAT UNTUK BANGKIT TUMBANGKAN UMNO DAN BN.

Membongkar dan menerangkan isu- isu semasa, agenda PAS menumbangkan kerajaan zalim dan kebangkitan rakyat untuk merubah kerajaan sedia ada.

BAGAN DATOH ( Parit 1, Sg. Sumun ) : Agenda kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan Umno/ BN diteruskan lagi oleh pihak PAS apabila menganjurkan ceramah siri kebangkitan di seluruh negeri Perak pada Rabu lalu. Program tersebut telah berjaya menarik sokongan rakyat khususnya di negeri Perak sebagai langkah terbaik untuk melakukan perubahan dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.


Siri ceramah tersebut merupakan satu perancangan tersusun oleh pihak PAS Perak dalam usahanya menerangkan isu- isu semasa kepada rakyat agar tidak mudah tertipu dengan perkara- perkara yang direka cipta oleh pihak Umno/ BN pada hari ini. Kesedaran rakyat turut memperlihatkan sebahagiannya telah bangkit dan bersedia untuk memilih Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Kerajaan Umno/ BN hari ini juga dilihat seolah- olah hilang punca apabila mula pihak mereka cipta isu- isu yang berunsurkan fitnah dan pembohongan semata- mata kepada rakyat. Melihat situasi tersebut, pihak PAS dan Pakatan Rakyat telah melalukan dan menyusun strategic terbaik sebagai mengatasinya.

Kehadiran YB. Dato’ Seri Ir. Hj. Mohamad Nizar Jamaluddin ke Bagan Datoh pada malam siri ceramah tersebut telah berjaya membangkitkan semangat rakyat di kawasan ini untuk merubah kerajaan yang sedia ada pada hari ini. Beliau yang merupakan mantan Menteri Besar kerajaan Negeri Perak pada tahun 2008 amat berpuas hati dan terharu apabila menerima sambutan rakyat  yang hadir ke program tersebut.

Kehadiran lebih 400 orang ke program siri ceramah tersebut telah memberi petunjuk bahawa rakyat di kawasan ini sudah bersedia untuk berubah pada pilihan raya kali ini. Selain kehadiran Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, turut hadir ialah Saudara Nali Raja, Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak dan Saudara Madhi Hassan, Ketua Cabang PKR Bagan Datoh.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008