pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 29 Disember 2012

UMNO TERDESAK CIPTA ISU MEREPEK KIAN HAMPIR PRU 13!


PANAS : APABILA UMNO TUDUH PAS DAN DAP “RASUAH” SULTAN PERAK UNTUK LANTIK MENTERI BESAR ?

Mohammad Nizar menafikan bahawa isu pemberian tanah oleh Kerajaan Kelantan pimpinan Mursyidul Am PAS kepada pimpinan DAP Perak sebagai rasuah dan ianya hanya fitnah oleh Umno yang makin terdesak.

BAGAN DATOH ( Parit 1, Sg. Sumun ) : Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Hj. Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan sekaras-kerasnya terhadap fitnah dan tuduhan jahat Umno/ BN kepada beliau dan PAS berkaitan pemberian tanah oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada pimpinan DAP Perak sebagai “ rasuah “ dalam perlantikan jawatan Menteri Besar Perak pada 2008 lalu.


Beliau menafikan isu tersebut ketika berucap dan berceramah sempena program Ceramah Hijau Kebangkitan Rakyat anjuran PAS Perak di Bagan Datoh Rabu lalu. Tegasnya, perlantikan jawatan Menteri Besar adalah hak mutlak Sultan yang tidak dipengaruhi oleh mana- mana pihak. Maka apabila ada pihak membuat tuduhan seolah- olah terdapat sogokan atau rasuah sebagai sokongan dalam pemilihan jawatan tersebut adalah sama seperti menuduh Sultan terlibat dalam perkara terbabit.

Sebelum ini, pihak Umno telah membuat tuduhan bahawa kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah memberi tanah kepada Pengerusi DAP Perak, Dato’ Ngeh Khoo Ham sebagai pertukaran sokongan  perlantikan jawatan Menteri Besar Perak ketika itu dari PAS, Mohammad Nizar Jamaluddin, ADUN Pasir Panjang.


Ahli Parlimen Bukit Gantang itu turut menjelaskan isu sebenarnya bahawa tanah itu diperolehi melalui pembelian syarikat yang dianugerahkan 10,526 hektar tanah oleh kerajaan negeri, maka oleh itu, tiada unsur rasuah yang terlibat. Perkara tersebut telah pun di nafikan oleh Dato’ Ngeh Khoo Ham dan Ng Kor Ming, ADUN Pantai Remis dan Ahli Parlimen Taiping serta bersedia untuk menjelaskan kedudukan sebenar isu tanah itu.

Mohammad Nizar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut menyampaikan penjelasan beberapa isu – isu politik terkini di negara ini. Katanya, Perdana Menteri ( Najib Razak ) seolah- olah hilang punca dan kelam kabut untuk menangani isu- isu luaran mahupun dalaman Umno. Paling jelas, sehingga kini isu pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantunya Sharibuu masih lagi belum selesai dan beliau ( Najib ) seolah- olah kebuntuan jawapan apabila ditanya perkara tersebut.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008