pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 29 Disember 2012

UMNO TERUSKAN DRAMA AIR MATA PUJUK RAKYAT!


LAGU “ ANAK KECIL MAIN API “ DAN TITISAN AIR MATA UMNO HANYALAH SANDIWARA DAN DRAMA KABURI JIWA RAKYAT.

Mereka sendiri yang gadai, tetapi menangis sendiri atas perbuatannya dan menuduh pihak lain yang cuba gadaikan harta negara dan rakyat kepada kuasa asing.

BAGAN DATOH ( Parit 1, Sg. Sumun ) : Lakonan dan air mata terus menjadi drama Umno sebagai raih simpati rakyat. Kononnya tidak mahu melihat anak bangsa merempat di tanah air sendiri apabila ada pihak tertentu ingin gadaikan kekayaan negara kepada orang lain. Demikian fenomena kini yang melanda dalam kepimpinan Umno apabila setelah berlangsungnya Perhimpunan Agung Umno ( PAU ) yang lalu.


“ Merekalah ( Umno ) sebenarnya yang telah mengadaikan kekayaan negara ini. Banyak contoh dan isu- isu pengandaian tanah dan hasil bumi Malaysia dalam tempoh lebih 50 tahun mereka ( Umno ) memerintah.” Demikian tegas Ketua Cabang PKR Bagan Datoh, Madhi Hassan dalam ceramahnya di sini.

Beliau turut berkeyakinan bahawa pimpinan Umno ketika ini duduk dalam keadaan tidak tenang apabila pelbagai isu dan masalah dalaman dan luaran melanda parti itu. Jelasnya lagi, antara punca Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Abdul Razak tidak berani untuk mengumumkan tarikh Pilihanraya Umum ke 13 ialah kemelut dan konflik dalaman Umno menyebabkan mereka tidak bersedia.

Kepelbagaian isu di peringkat kerajaan dan parti meletakkan keadaan Najib dan konco-konconya bimbang untuk bertanding dalam Pilihanraya Umu. Umno hanya berdiam diri dan mengelak daripada menjawab dan menjelaskan isu- isu dan tuduhan oleh rakyat kepada mereka. Seolah –olah, mereka mengiya dan membenar apa yang berlaku ketika ini.

Maka, mereka ( Umno ) mempergunakan Perhimpunan Agung Umno ( PAU ) yang lalu sebagai pentas “ rintihan “ dan “ tangisan “ sebagai meraih simpati rakyat.

“ Presiden Umno ( Najib ) turut berdoa dan menagih simpati rakyat. Perwakilan pula menagis kerana dendangan lagu “ Warisan”. Ini adalah perkara kelakar yang dilakukan Umno.” Nyata Madhi Hassan di program ceramah kebangkitan rakyat anjuran PAS di sini Rabu lalu.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008