pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 7 Disember 2012

PAS TERUSKAN TRADISI : CERAMAH JELASKAN ISU KEPADA RAKYAT

PROGRAM SEHARI PAS BERSAMA RAKYAT RUNGKUP JELASKAN ISU- ISU SEMASA DAN MOTIVASI AHLI PAS

Ceramah kelompok diteruskan di cawangan- cawangan sebagai langkah mendekati dan jelaskan isu- isu semasa berkaitan politik negara

RUNGKUP : Program sehari pimpinan PAS Perak bersama rakyat dan pengundi Rungkup telah diteruskan pada sebelah malamnya dengan mengadakan ceramah kelompok di setiap cawangan terpilih setelah penat seharian di siang hari dengan beberapa program yang telah di atur bertemu dan bermesra rakyat.

Terdapat 5 cawangan telah terpilih iaitu Pekan Bagan Datoh, Sg. Nipah Darat, Sg. Lanchang Darat, Sg. Tiang Baroh dan Kg. Selekoh. Antara penceramah yang terlibat ialah Tn. Hj. Razman Zakari, Tn. Hj. Asmuni Awi, Ustaz Norazli Musa, Ustaz Zawawi Abu Hasan, Ustaz Fakhrudin Abdul Aziz, Sdr. Salman Salleh, Pn. Jamilah dan beberapa pimpinan negeri yang lain.

Ustaz Misbahul Munir bersama Ustaz Fakhrudin, YDP Taiping sedang menjamu selera di lokasi ceramah, Sg. Lanchang Darat.

YDP PAS Bagan Datoh, Ustaz Misbahul Munir sedang menyampaikan ucapan aluan di majlis tersebut.

Penjelasan isu- isu semasa yang mantap oleh Ustaz Fakhrudin, YDP PAS Taiping yang turut hadir ke Rungkup.

Sebahagian tetamu yang hadir untuk mendengar ceramah tersebut.

Ustaz Norazli Musa bersama tuan rumah, Hj. Kusen sedang bersembang sementara menunggu giliran berceramah.

Motivasi pembakar semangat oleh Ustaz Norazli Musa pada malam ceramah tersebut.



Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008