pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 10 Disember 2012

FORUM PENJELASAN : ADAKAH HUDUD SATU PILIHAN UNTUK UMAT ISLAM ?

ANJUR FORUM SEBAGAI MENJELAS TENTANG SYARIAT ALLAH SWT, FIQH JINAYAT YANG KURANG DIFAHAMKAN UMAT ISLAM

Pegawai Tadbir Agama Daerah antara Ahli Penal yang hadir bersama Ustaz Misbahul Munir menjelaskan isu- isu berkaitan Hudud di negara ini.

BAGAN DATOH ( Kg. Matang Kunda ) : Sebagai menjelasan permasalahan berkaitan hukum syariat Allah S.W.T terutamanya Fiqh Jinayat yang kian menjadi isu hangat umat Islam di negara ini apabila PAS mahu melaksanakan hukuman Hudud di Malaysia. Anjuran pihak Jawatankuasa Dakwah Masjid, telah berlangsungnya majlis forum ilmiah membincangkan perkara Fiqah Jinayat iaitu hukuman Hudud, Qisas dan Tak'zir.


Antara ahli penal program tersebut iaitu Tn. Hj. Mustafa Hj. Jaafar dan Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki. Tn. Hj. Mustafa yang merupakan Pegawai Tadbir Agama Dearah Hilir Perak menjelaskan makna sebenar syariat Allah S.W.T. Beliau berpendapat bahawa adalah sangat penting bagi umat Islam memahami maksud sebenar yang dikehendaki Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W dalam kehidupan sementara di dunia ini.


Menurutnya, umat Islam di negara ini telah dibutakan atau dijahilkan mengenai ilmu-ilmu Islam. Paling ketara dan jelas ialah syariat yang berhubung Fiqh Jinayat melibatkan beberapa perkara atau hukum utama dalam tuntutan Allah S.W.T. Jelasnya lagi, Fiqh syariat itu sahaja sudah merangkumi beberapa cabang dan perkara iaitu Fiqh Ibadah ( melibatkan segala perbuatan ibadah ), Fiqh Mua'malah ( berkaitan urusan hubungan manusia ), Fiqh Munakahat ( berkaitan perkara rumahtangga ) dan Fiqh Jinayat ( berkaitan jenyah dan hukuman mengenainya seperti hudud, qisas ).


Manakala Ustaz Misbahul Munir Masduki, Yang Dipertua PAS Bagan Datoh juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak menjawab persoalan yang berkaitan perjuangan PAS dalam menegakkan Islam khususnya isu hukuman Hudud di Malaysia. Beliau menegaskan, pertamanya tidak ada istilah hudud PAS atau Umno sekalipun di dunia ini. PAS hanyalah memperjuangkan agar hukuman Allah S.W.T, iaitu hudud dilaksanakan di muka bumi Malaysia sebagai melaksanakan hak Allah S.W.T. Namun segala telah dijadikan isu politik oleh pihak tertentu pada hari ini kerana mahu menjaga kuasa berteraskan kezaliman dan kekejaman.


Majlis Forum tersebut yang dipengerusikan atau moderatornya, Ustaz Fairos Ashaari menguraikan serta menjelaskan secara terperinci bagi menjawab isu- isu perjuangan PAS dalam menuntut hukuman syariat khususnya hudud di laksanakan.  

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008