pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 12 Disember 2012

PANAS : BEKAS PEGAWAI KERAJAAN DEDAH SIKAP UMNO/ BN!

GELOMBANG PERAKITE 2.0 : BEKAS PEGAWAI JEMAAH NAZIR KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, TN. HJ. AHMAD ZABIDI SHAMSUDIN MENDEDAHKAN SIFAT SEBENAR PEMIMPIN KERAJAAN UMNO/ BN DAN MENGAPA MEMILIH PAS SETELAH PENCEN

Jasanya berkhidmat hampir 30 tahun lebih sebagai kakitangan kerajaan tidak langsung dipandang Umno/ BN sebaliknya hanya kroni menjadi keutamaan mereka.

BAGAN DATOH ( Rungkup ) :Ceramah Gelombang Perakite 2.0 diteruskan lagi oleh PAS Negeri Perak. Semalam telah berlangsungnya beberapa program ceramah penerangan di lokasi yang telah ditetapkan pihak penganjur. Terdapat 14 lokasi di mana setiap DUN yang ditandingi oleh PAS menjadi tumpuan dalam siri tersebut.


Di Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Rungkup, telah didatangi penceramah jemputan iaitu Tn. Hj. Ahmad Zabidi Shamsudin. Beliau yang merupakan bekas Pengetua Sekolah Menengah Sains Teluk Intan ( SEMESTI ) menyatakan bahawa beliau telah lama berkhidmat bersama kerajaan kira- kira 30 tahun dan sempat bertugas di bawah tiga orang menteri pelajaran iaitu, Datuk Seri Mohd Najib Razak ( PM sekarang ), Tn. Sri Musa Mohamad dan Datuk Seri Hishamuddin Husin. 


Beliau yang juga merupakan bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu menceritakan pelbagai pengalamanya selama ia berkhidmat. Menurutnya, kepincangan jelas berlaku di dalam sistem pentadbiran kerajaan khususnya melibatkan bidang pendidikan negara dan pembangunan. Paling ketara katanya ialah berkaitan peruntukan pembangunan pendidikan telah disalahgunakan dan melibatkan pembukaan projek di kalangan kroni Umno/ BN sahaja.

Menurut Tn. Hj. Ahmad Zabidi lagi, pengalamanya selama bertugas di bawah tiga orang menteri pelajaran amat memberi gambaran jelas kepadanya untuk memilih PAS. Pengaruh politik adalah menjadi agenda utama dan matlamat pimpinan Umno/ BN di dalam kerajaan hari ini. Keutamaan adalah menjadi hak milik kroni dan penyokong kuat mereka sahaja. Ianya adalah hakikat sebenar sifat pimpinan daripada Umno/ BN.


Jawatan terakhir beliau dalam kerajaan ialah sebagai Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia. Tn. Hj. Ahmad Zabidi turut meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan perangai pemimpin Umno/ BN pada hari ini. Mereka ( Umno/ BN ) seolah-olah berkuasa tanpa menyedari bahawa rakyat bawahan adalah penentu sistem pentadbiran kerajaan. Rakyat punyai kuasa mutlak untuk memilih dan membentuk kerajaan berdasarkan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Hakikatnya, kerajaan Umno/ BN pada hari ini cukup risau dan bimbang dengan apa yang berlaku di negara ini. Apabila rakyat bangkit dan bersuara untuk merubah kerajaan yang ada pada hari ini dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Walaupun tarikh dan waktunya belum lagi diketahui rakyat, pastinya persediaan awal telah dilakukan rakyat untuk memastikan Umno/ BN tidak lagi kekal sebagai kerajaan.


Turut hadir dan berceramah dalam siri ceramah tersebut ialah Sdr. Ahmad Fauzi Hashim selaku Setiausaha PAS Kawasan Bagan Datoh dan Sdr. Madhi Hasan merupakan Ketua Cabang PKR Bagan Datoh. Cuaca yang kurang baik pada malam tersebut tidak sedikit pun menghalang kebangkitan rakyat apabila hampir 300 orang hadir untuk mendengar pengisian ceramah yang disampaikan.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008