pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 15 Disember 2012

HABIS UMNO KALI NIE..BERSIH RUPANYA TAK KOTOR!


Bersih 2.0: Kerajaan diperintah bayar RM70,000 kepada Mahfuz, Salahudin

Harakahdaily,14 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan penangkapan terhadap dua Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pada hari Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah salah.

Sehubungan itu mahkamah mengarahkan kerajaan membayar gantirugi kepada kedua-dua mereka masing-masing RM70,000.

Mahfuz dan Salahudin sebelum ini memfailkan saman malu terhadap empat pihak ekoran penangkapan salah terhadap mereka itu.

Saman itu difailkan terhadap Kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Daerah Brickfields dan seorang anggota polis, Inspektor Mohd Zaid.

Mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Kedua-dua pemimpin dan ahli parlimen PAS itu diwakili oleh empat peguam iaitu Zulhazmi Shariff, Faiz Fadzil, Abdul Aziz Hamzah dan Surya Putra Taulan.

Pada 9 Julai lalu, mereka ditahan di Stesen Sentral Kuala Lumpur ketika perhimpunan Bersih 2.0.

Penahanan tersebut adalah di luar kawasan yang diwartakan polis sebagai kawasan larangan untuk dimasuki oleh beberapa individu termasuk mereka.

Mereka ditangkap kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum ditahan hampir 10 jam di lokap polis di Balai Polis Jinjang.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008