pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 2 Disember 2012

NASRUDIN LEBIH HEBAT DARI KHAIRY !


Khairy kalah teruk di tangan Nasrudin, terhangat

Harakahdaily,02 Dis 2012
KUALA LUMPUR: Berita Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tewas teruk di tangan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan di dalam satu pengundian bebas untuk “menilai siapa lebih tokoh dan berwibawa” yang dibuat di kalangan ahli kelab fan page Merah Tinta MSO menjadi  artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 47.

Di tangga kedua ialah gambar blog yang bakal mengejutkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bekas Presiden MIC Samy Vellu di mana warga India menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS  di Air Kuning Tapah Perak paparanhttp://naimnikmat.blogspot.com.

Artikel bertajuk “Aduh..! Memang tak patut betul Dr Asri ni...” paparan blog http://manjongmari.blogspot.com menduduki tempat ketiga.

Di tangga keempat ialah tulisan Mohd Sayuti Omar yang mendesak agar Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein ditahan untuk siasatan atas dakwaan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan kononnya beliau mencampuri urusan polis.

Di tangga kelima ialah artikel Detik Islam yang mendakwa bahawa tentera Israel ramai mati bunuh diri dari berperang. Dari laporan data bahagian pemulihan tentera Israel, harian Ibrani Maariv melaporkan pada tahun 2003 jumlah tentera yahudi lanatullah yang bunuh diri meningkat lebih tinggi berbanding mereka yang terbunuh dalam serangan tentera di Tebing Barat dan Genting Gaza.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008