pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 15 Disember 2012

TAHNIAH DARI KAMI : KHAS UNTUK SAHABAT KAMI

KAMI UCAPKAN TAHNIAH KEPADA AJK DEWAN PEMUDA PAS BAGAN DATOH, MUHAMMAD NIZAM DAN NORDIN.

Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Muhammad Nizam telah mendirikan rumahtangga bersama pasangan pilihan hatinya, Zahidah Abdul Wafir pada hari ini ( 15 Disember ) dan juga Setiausaha Pemuda PAS Bagan Datoh, Ahmad Nordin menimang cahaya mata yang ketiga pada 12 Disember lalu.

BAGAN DATOH( Rungkup ) : Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ( DPPK ) mengucapkan jutaan tahniah dan syukur kepada dua orang Ahli Jawatankuasanya, iaitu Setiausahanya, Saudara Ahmad Nordin Samrin dan Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatannya, Saudara Muhammad Nizam Khairi.


Ahmad Nordin yang baharu sahaja dianugerahkan dan menimang cahayamatanya yang ketiga meluahkan rasa kesyukuran tidak terhingga ketika ditemui. Beliau yang dianugerahkan seorang anak perempuan berkata bayi tersebut masih belum diberikan nama. Bayi yang dilahirkan secara normal tersebut seberat 4.2 kg dalam keadaan yang sihat .


Sementara itu, Muhammad Nizam dan pasangnya telah selamat diijab qabulkan pada 15 Disember, jam 10.00 pagi di Surau Rungkup, di sini. Beliau melahirkan rasa kesyukuran dan kegembiraanya ketika ditemui semasa majlis walimatulurusnya pada hari yang sama di rumah pegantin perempuan.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008