MUNGKIN INI YANG DINAMAKAN PANCING UNDI : UMNO/ BN SALAH GUNA KUASA PERMAINKAN RAKYAT DAN PENGUNDI
Projek baikpulih dan pembesaran giat dilakukan di Bagan Datoh ketika mana kian hampir pilihan raya umum ke 13.
BAGAN DATOH : Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh ingin menyatakan bahawa pembangunan yang giat dilakukan oleh pihak kerajaan ketika ini hanyalah lebih kepada " gula- gula " untuk mengaburi mata rakyat dan pengundi atas kepincangan mereka selama ini.
Secara logik akalnya, masalah jalan raya di kawasan ini bukanlah perkara baru. Ianya telah bertahun diadukan kepada pihak berkuasa namun mengapa baru kini mereka bertindak.
Keadaan jalan di Parit 1, Sg. Sumun yang sedang giat diperbesarkan sebagai laluan simpang ke Pelabuhan Hutan Melintang di sini.
Kerja- kerja pembesaran dan baikpulih sedang sibuk dilakukan pekerja sebagai memperlihatkan kecekapan kerajaan dalam mengatasi permasahan rakyat di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan