pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 28 Disember 2012

ORANG INDIA DAN CINA TERUS SOKONG PAS : DHPP PERAK.


HANYA PAS PILIHAN TERBAIK : MAMPU MEMBENTUK KESEJAHTERAAN, KEADILAN HIDUP UNTUK SEMUA RAKYAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA.

Nali Raja : Kaum India dan Cina ( Non Muslim ) janji akan terus beri sokongan kepada PAS kerana percaya hanya PAS parti Islam di Malaysia mampu beri keadilan semua rakyat.

BAGAN DATOH ( Parit 1, Sg. Sumun ) : “ PAS dan Pakatan Rakyat adalah yang terbaik untuk berikan keadilan dalam pentadbiran Malaysia.” Demikian kenyataan tegas dan penuh keyakinan oleh Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Saudara Nali Raja yang hadir bersama YB. Dato’ Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin dalam siri ceramah gelombang kebangkitan rakyat pada Rabu lalu di sini.


Berucap di hadapan hadirin lebih 400 orang menyakinkan lagi beliau untuk terus bersama perjuangan PAS dalam menegakkan syiar Islam di Malaysia. Menurutnya lagi, walaupun dirinya masih beragama Hindu, namun beliau meletakkan keyakinan dan percaya terhadap ajaran Islam mampu memberi kesejahteraan seluruh manusia.

Ketika berucap, Nali Raja turut mendedahkan faktor dan sebab mengapa beliau berminat untuk bersama PAS dan berjuang bersama-samanya. Tegasnya, PAS yang dipimpin oleh Ulama’ merupakan faktor penting untuk masyarakat bukan Islam percaya dan menyakini PAS sebagai pilihan mereka. Kewarakan dan ketinggian ilmu pimpinan Ulama’ dalam PAS adalah tunjang kekuatannya dalam mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan.

Menurut Setiausaha DHPP Perak tersebut, seharusnya umat Islam dan Melayu di negara ini berasa malu apabila masyarakat bukan Islam mulai menyokong PAS  kerana Islam itu adalah dilihat sebagai indah dan lengkap. Nali Raja juga menyatakan rasa berbangga dan kagum apabila PAS mampu mentadbir dengan baik di beberapa negeri sebagai contoh kejayaan PAS lebih 20 tahun untuk mentadbir dan memerintah Kelantan.

Beliau sempat meluahkan perasaannya yang amat kagum dengan kehebatan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am PAS dan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008