Ahli keluarga tahanan Palestin
Ahli keluarga tahanan Palestin turut menyertai protes menyokong tindakan mereka
yang nekad mogok lapar sebagai bantahan terhadap Israel, kelmarin.
GENTING GAZA - Perdana Menteri Palestin, Issa Qaraqaa memberi amaran bahawa mereka akan mengambil tindakan tegas jika ada tahanan yang mogok lapar meninggal dunia di dalam penjara Israel.

Kelmarin, Qaraqaa berkata, jika apa-apa berlaku pada tahanan Palestin, mereka tidak akan berdiam diri dan ‘letupan’ akan berlaku di luar tembok penjara itu.

Dalam satu kenyataan lain, pemimpin gerakan Jihad Islam, Khaled al-Batsh turut sama memberi amaran akan melancarkan serangan balas ke atas penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Sementara itu, Perkhidmatan Penjara Israel (IPS), kelmarin mendedahkan kira-kira 1,550 tahanan Palestin kini nekad mogok lapar.

Jurucakap IPS, Sivan Weizman menyatakan lebih satu pertiga daripada 4,700 tahanan Palestin yang telah menyertai mogok lapar tersebut.