Lady Gaga sedih konsert di Indonesia batal
WASHINGTON - Penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat (AS) Lady Gaga,
mengeluarkan kenyataan berasa sedih kerana terpaksa membatalkan
konsertnya di Indonesia berikutan diancam oleh kumpulan aktivis.
"Kami terpaksa membatalkan konsert di Indonesia," luah penyanyi pop berumur 26 tahun itu menerusi laman mikro blognya Twitter, kelmarin selepas mengetahui pembatalan itu.
Lady Gaga turut memohon maaf kepada peminatnya dan mengakui berasa amat sedih seperti yang dirasai peminat.
Minggu lalu, beberapa pertubuhan aktivis mengadakan bantahan terhadap penganjuran konsert diva pop AS itu kerana menganggap penyanyi pelik itu membawa fahaman kurang sihat kepada generasi muda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan