pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Rabu, 2 Mei 2012

MUKTAMAR DPPN: BAHAS PENUH HANGAT !

IPOH: Bertempat di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Negeri Perak, Dewan Pemuda PAS Perak telah melangsungkan Muktamar Tahunananya kali ke 29 di sini. Bahang pilihan raya pastinya menghangatkan lagi suasana muktamar yang disertai seramai 24 perwakilan setiap kawasan.

Paling istimewanya muktamar kali ini dilakukan selepas sehari Perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala kumpur serta seluruh dunia pada 28 April. Kehebatan aura himpunan masih dirasai para perwakilan serta pemerhati yang memberikan kerjasama baik dan penuh bersemangat sehingga selesainya muktamar.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datoh turut tidak ketinggalan telah menghantar seramai 8 orang perwakilan ke muktamar kali ini. Ianya telah diketua sendiri oleh ketua pemudanya, Ustaz Mohd Najibb Razak.

Pada muktamar tersebut juga, pemuda Bagan Datoh telah menerima anugerah khas sebagai Tarbiah Terbaik seluruh Perak.




Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008