Spiderman tawan bangunan tertinggi Perancis
PARIS - Alain Robert, 40, yang digelar sebagai Spiderman Perancis kelmarin berjaya mencipta rekod baru memanjat bangunan pencakar langit di Paris.
Robert sekali lagi menggadai nyawanya untuk memanjat First Tower setinggi 231 meter di kawasan pusat perniagaan La Defense, barat Paris tanpa menggunakan tali dan sebarang alat keselamatan.
Difahamkan, Robert telah memanjat lebih 100 bangunan pencakar langit dan monumen dalam tempoh 15 tahun.
Kebiasaannya, Robert melakukan aktiviti berbahaya itu tanpa mendapat kebenaran tetapi tidak pada kali ini kerana diberi keizinan oleh pemilik bangunan tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan