pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 18 Mei 2012

ZIARAH PEMUDA ..: NELAYAN PERLU BANTUAN


NELAYAN PERLU BANTUAN


Memerlukan kenderaan untuk membawa isteri ulang alik berubat ke hospital

RUNGKUP : Keperitan dan kepayahan hidup sebuah keluarga nelayan di sini sedikit terubat setelah mendapat keprihatinan pihak Pemuda PAS Bagan Datoh. Melalui Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatannya, satu ziarah dan lawatan mesra telah dilakukan atas tujuan melihat serta menyilami sendiri permasalahan yang dihadapi keluarga tersebut.

Jaafar Jalil, 55, yang kini bekerja hanya sebagai nelayan di Bagan Sungai Tiang terpaksa berkongsi kesukaran hidup bersama isterinya yang menghidapi penyakit Leukemia sejak 1989 dan seorang anak lelaki, Mohd Ridzuan, 19.

Kesusahan hidup keluarga Jaafar turut bertambah apabila beliau terpaksa menghantar ulang alik isterinya, Syarifah Yahya, 54, ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan setiap bulan. Beliau yang hanya mempunyai sebuah kereta lama sukar untuk memastikan kenderaannya tersebut dalam keadaan baik.

Dengan hanya berpendapatan harian tidak menentu, beliau juga turut mengambil upahan dengan membawa lori menghantar kelapa ke kawasan berhampiran secara sambilan. Kehidupan keluarga ini juga sedikit terbela dengan bantuan Baitulmal sebanyak RM200 setiap bulan.

Namun di masa kini, kewangan merupakan perkara penting untuk mencapai kehidupan yang lebih selesa. Bagi Jaafar sekeluarga, pendapatan kini tidaklah mencukupi untuk urusan kehidupan apatah lagi memerlukan kos yang tinggi bagi mengubati penyakit isterinya.

Pada siri lawatan tersebut juga, Pemuda PAS Bagan Datoh turut menghulurkan sedikit bantuan peribadi sebagai tanda keprihatinan nasib keluarga tersebut.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008