Impian jadi pemain bola sepak berkubur
GENTING GAZA - Impian pemain bola sepak, Mahmoud Al-Sarsak yang meninggalkan Genting Gaza pada 2009 untuk mengejar cita-citanya di Tebing Barat tidak kesampaian.
Ini kerana, Al-Sarsak, 25, telah ditempatkan di bawah tahanan pentadbiran sejak tiga tahun lalu selepas dituduh terlibat dengan kumpulan Jihad Islam walaupun dia menafikannya.
Difahamkan, sebagai tanda protes, Al-Sarsak nekad mogok lapar sejak 15 Mac lalu dan tahap kesihatannya didakwa semakin membimbangkan.
Dia mula menyertai perlawanan bola sepak seawal umur 14 tahun, sekali gus menjadi individu termuda bermain dalam Liga A negara tersebut untuk posisi pemain tengah.
"Dia selalu mengimpikan untuk bermain dalam pasukan antarabangsa, Bola sepak adalah segala-galanya bagi adik saya," kata abang sulungnya, Emad.
Menurutnya lagi, tempoh tahanan Al-Sarsak sepatutnya berakhir 22 Ogos depan dan tiada jaminan daripada rejim Zionis bahawa perintah tahanan pentadbirannya tidak akan dilanjutkan
enam bulan lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan