pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 23 Jun 2012

RAKYAT HANYA MAHU KEADILAN : NGEH KOO HAM

BAGAN SG. BURUNG,22 JUN : Kehadiran Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham ke majlis ceramah penerangan rakyat yang dianjurkan PAS Kawasan Bagan Datoh telah menarik sebilangan besar masyarakat Cina di sini semalam.

Kira - kira 300 orang penyokong Pakatan Rakyat khususnya PAS telah hadir sebagai tanda sokongan parti bagi memenangi pilihan raya akan datang. Terdahulu ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Misbahul Munir Masduki telah membangkitkan semangat orang cina untuk berubah.

Menurutnya, hampir 50 tahun kawasan Bagan Datoh di wakili pemimpin Umno/ BN namun sehingga kin pembangunan gagal dilaksanakan. Hanya janji dan taburan kata - kata manis untuk memenagi pilihan raya, namun rakyat terus ditinggalkan.

Selepas itu, ucapan Dato' Ngeh Koo Ham juga merupakan Mantan Exco Kerajaan Perak semasa pemerintahan Pakatan Rakyat pimpinan Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin menyatakan rakyat seharusnya sedar serta bangkit untuk merubah kerajaan sedia ada hari ini.

Ianya adalah kerana rakyat telah ditindas oleh kerajaan Umno/ BN selama ini. Namun, sokongan rakyat pastinya akan mengajar mereka ( Umno/BN ).

Serunya lagi, masyarakat cina khusunya tidak perlu takut dan bimbang untuk berubah demi keadilan seluruh rakyat.

 Ucapan alu - aluan oleh YDP PAS Kawasan, Ustaz Misbahul Munir Masduki.

 Sebahagian penyokong yang hadir untuk mendengar ceramah politik semasa.



Ucapan oleh Dato' Ngeh Koo Ham selaku tetamu utama malam tersebut.



Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008