Pas gesa warga Felda tolak BN
SHAH ALAM - Pas meminta rakyat, khususnya warga Felda supaya menolak Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGVH) yang didakwa mengkhianati peneroka.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, ladang, tanah dan segala perniagaan milik sepenuhnya warga Felda dan negara, difaraidkan sesama sendiri dan syarikat asing melalui usaha penyenaraian di Bursa Saham.
Menurutnya, terbaru, aset Felda yang berharga milik rakyat Malaysia yang majoritinya orang Melayu menjadi mangsa penggadaian seterusnya.
"Ini satu pengkhianatan kepada bangsa Melayu yang mendiami kawasan Felda seluruh negara.
“Bagi Pas, bukan sekadar masalah pengagihan saham tersebut yang utamanya, tetapi melibatkan tanah Felda dan aset berharga milik rakyat dan negara ini satu pengkhianatan," katanya, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan