pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 18 Jun 2012

SELAMATKAN MALAYSIA SEKIRANYA KITA SAYANG MALAYSIA - ANTHONY LOKE

Menyeru rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Tiong Hua di Bagan Datoh bangkit menentang kezaliaman. 

BAGAN SG. TIANG BAROH : PAS Kawasan Bagan Datoh buat julung kalinya telah mengadakan ceramah politik di kawasan bagan yang diduduki masyarakat Cina. Tujuan utamanya sudah pastinya sebagai mendekatkan masyarakat cina kepada PAS serta penerangan isu - isu semasa di sekitar negara.

Kehadiran Ketua Pemuda DAP Pusat, YB. Anthony Loke menambahkan kemeriahan majlis ceramah tersebut.

Terdahulu, ucapan Ketua Cabang PKR Bagan Datoh iaitu Sdr. Madhi Hassan mengingkatkan bahawa Pilihan Raya kali ini merupakan peluang untuk rakyat berubah dengan mengundi Pakatan Rakyat.

Ucapan YDP PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki turut menyentuh perlunya keberanian untuk berubah. Ianya kerana hak rakyat memastikan memilih pemimpin negara daripada mereka yang adil dan amanah.

YB. Anthony Loke telah menyampaikan ucapan dengan penuh semangat. Terutamanya ketika menyeru kepada masyarakat cina untuk sama - sama berubah. Memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang pastinya lebih baik dan amanah.

Demikian janji pimpinan Pakatan Rakyat sebagai meyakinkan rakyat bahawa adanya alternatif dan pilihan rakyat sekiranya mahu berubah.








Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008