Pas gesa PM tidak panggil PRU musim haji
KUALA LUMPUR - Pas hari ini menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menetapkan tarikh pilihan raya lebih awal dan pada masa yang sama, meminta Barisan Nasional (BN) tidak mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada musim haji.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, sebagai seorang Islam, Najib tidak boleh menafikan hak mengundi sekitar 30,000 jemaah haji yang bakal menunaikan haji kali ini dan pada masa yang sama menghalang mereka daripada menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan