KAHERAH - Pemerintah Tentera Mesir, kelmarin mengeluarkan arahan membubarkan Parlimen susulan daripada keputusan Mahkamah Tinggi Perlembagaan, Khamis lalu yang mengumumkan keputusan pilihan raya lalu sebagai tidak sah kerana bercangggggah dengan Perlembagaan.
Media melaporkan keputusan mahkamah itu turut memberi kuasa kepada ketua tentera, Hussein Tantawi untuk melaksanakan undangundang melarang mana-mana ahli memasuki Parlimen tanpa mendapat kebenaran.

Dalam satu kenyataan, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) di bawah Gerakan Ihkwanul Muslimin memberi amaran sebarang tindakan melulu akan mencetuskan revolusi kebangkitan baru menentang kerajaan tentera yang bakal menerima nasib sama seperti bekas presiden digulingkan, Hosni Mub arak.

"Pembubaran Parlimen perlu dilaksanakan dengan pungu tan suara yang adil.
Tindakan tentera ini menunjukkan mereka sebenarnya mahu memonopoli kuasa daripada mempertimbangkan tuntutan rakyat," kata jurucakap FJP.

Beberapa pihak berpendapat pembub aran Parlimen itu mungkin akan mencetuskan Perang Saudara seperti yang berlaku di Algeria pada 1992, di mana tentera menghalang parti Islam mengambil alih kuasa sehingga menyebabkan keganasan terburuk dan meragut lebih 100,000 nyawa.

Keputusan pilihan raya pada awal tahun lalu menyaksikan parti Islam mengu asai dua pertiga kerusi Parlimen dan sehingg a kini perlembagaan baru negara tersebut masih belum dirangka.