pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Jumaat, 15 Jun 2012

MENGAPA AKU PILIH PAS ?

RUNGKUP : Timbul persoalan mengapa perlu dan semestinya saya memilih PAS sebagai parti politik dalam hidup saya. Sudah menjadi lumrah serta fitrah manusia yang hidup, sudah pastinya ada pilihan dan kepercayaan di dalam hati kepada sesuatu.

Begitulah juga perkara yang dihadapi oleh mantan Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Datuk Adnan bin Ibrahim yang sebelum ini merupakan ahli dan pimpinan Umno di bahagiannya. Beliau yang juga telah berkhidmat bersama kerajaan hampir puluhan tahun akhirnya terbuka hati dan menerima PAS sebagai parti politik pilihan.

Beliau mempunyai sebab dan alasan mengapa menolak Umno/ BN. Antaranya ilah pengalamannya hidup diri sendirinya yang berkecimpung sekian lama bersama Umno/ BN. Katanya lagi, Umno/ BN bukanlah sebuah parti politik yang seharusnya terus memerintah serta mentadbir Malaysia.

Serunya, kalau rakyat sayangkan Malaysia PERLULAH MENJATUHKAN Umno/ BN dalam pilihan Raya Umum AKAN DATANG.

Beliau membongkar segala keburukan serta kegagalan Umno/ BN mentadbir negara.

 Ucapan bersemangat daripada YDP PAS Kawasan, Ustaz Misbahul Munir Masduki ketika ucapan alu - aluannya.

 Sebahagian hadirin mendengar ucapan dan ceramah politik dengan teliti.

 Kehadiran anak muda menambah kekuatan PAS Kawasan.




Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008