pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 17 Jun 2012

UBAH SEKARANG..RAKYAT PERLU BETINDAK : TOK NAN

DEDAH SEGALA KEPINCANGAN UMNO/ BN SEPANJANG KHIDMAT KAKITANGAN KERAJAAN : DATUK ADNAN IBRAHIM


RUNGKUP : " Mengapa perlu lagi menyokong Umno/ BN ? Bukan kita tidak tahu apa yang mereka ( Umno/ BN ) buat pada rakyat. Jadi kita perlu jatuhkannya dalam Pilihan Raya akan datang." 

Demikian seruan Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim ketika menyampaikan ceramah politik di Simpang Empat Rungkup pada 11 Jun 2012.

Beliau ketika berucap turut mendedahkan pelbagai skandal yang telah dilakukan pemimpin Umno/ BN dari dahulu sehingga sekarang. Dakwanya lagi, beliau memang cukup menegenali perangai serta sifat pemimpin - pemimpin Umno/ BN kerana beliau sendiri adalah bekas ahli Umno.

Bukti perlakuan ( keburukan Umno/ BN ) tersebut sememangnya tidak dapat dinafikan. Demikian pengalamannya bersama Umno/ BN apatah lagi beliau juga merupakan bekas pimpinan Umno di cawangan serta Bahagiannya.

Disepanjang sebagai kakitangan kerajaan, turut membantu beliau mengenali lebih mendalam sifat pimpinan Umno dan kerajaan. Katanya lagi, cukup selama ini beliau menjadi pengampu kepada pimpinan Umno/ BN semata - mata harta dan pingat serta pangkat.

Masanya telah tiba, petunjuk Allah SWT datang tiada siapa dapat menghalangnya untuk berubah. Usia meningkat tanda hampirnya kematian. Beliau mengingatkan ramai lagi bekas para kakitangan kerajaan ingin berubah dan akan bersama PARTI ISLAM SEMALAYSIA ( PAS ) sebagai wahdah perjuangan sebenar mengikut syariat Allah SWT.


Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008