SERANGAN YAHUDI KEATAS UMAT ISLAM :
MELALUI 3 S :
1 - SEX ( Perempuan/ Pergaulan bebas )
2 - SING/ SONG ( Hiburan/ Nyayian )
3 - SPORT ( Sukan )
Apakah sudah jadi dengan menteri kita ? Untuk sukan dan duniawi sanggup untuk peruntukan kewangan dan dana demi memajukanya. Tetapi untuk ke arah kebaikan umat Islam amatlah berat..
Biasiswa untuk pelajar cemerlang golf
KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) berhasrat menubuhkan tabung atau mewujudkan biasiswa buat pelajar cemerlang dalam sukan golf.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu adalah sebagai usaha berterusan dalam melahirkan pemain profesional sehingga ke peringkat antarabangsa.
“Pembangunan sukan bukan setakat melahirkan pemain bermula di peringkat akar umbi dari usia 10 hingga 15 tahun.
Tetapi juga melalui program berterusan sehingga pemain ini berjaya meneruskan pelajaran ke universiti dan memperoleh biasiswa golf atas kecemerlangan mereka dalam bidang tersebut,” katanya selepas merasmikan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) dan Akademi Golf House (GHA) di Putrajaya, kelmarin.
Pada masa sama, Shabery turut bercadang mengadakan perbincangan dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) agar bidang sukan dimasukkan dalam skim pinjaman tabung berkenaan dengan keutamaan diberi dalam acara sukan golf.
“Cadangan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar berpotensi dalam bidang sukan. Sebagai contoh, jika pelajar itu cemerlang dalam sukan disertai, PTPTN mungkin boleh menukar pinjaman kepada bentuk biasiswa,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, majlis MoU yang dibuat untuk Program ‘Junior Swing’ bertujuan untuk melahirkan pemain yang mampu berdaya saing di peringkat tertinggi.
“Pada masa sama, memberi peluang kepada belia menerima latihan secara profesional dalam kerjaya golf,” katanya yang menjadikan kumpulan sasaran adalah pelajar dari Selangor, Kedah, Perlis dan Melaka berusia 10 hingga 15 tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan