PENGERUSI TETAP UMNO CAWANGAN PUNYA KEISTIMEWAAN..PELIK KE ?
Kalau memang dah namanya Umno-BN, begitulah adatnya. Bukan kerana cemburu atau iri hati cuma sebagai rakyat biasa tertanya juga di hati, bagus sangat ke kalau ada jawatan dalam Umno..?
Buktinya, apabila berlaku projek bantuan jalan kecil di sebuah kampung di sini. Dah la projek tu pun seakan - akan " umpan " undi apabila hanya dilaksanakan ketika hampirnya Pilihan Raya. Mengapa sebelum ini tak ambil kisah penderitaan penduduk kampung ?
Tidak mengapalah, yang itu pastinya rakyat perasaan dan faham. Ketika inilah macam - macam boleh kita mohon untuk cepat di luluskan dan dilaksanakan.
Disini ada bukti jelas, Umno hanyalah parti politik kronisme. Pengerusi Tetap Umno Cawangan Tanah Lalang mendapat habuan kerana khidmatnya yang " cemerlang ".
Batu dan pasir untuk jalan kampung sepatutnya untuk rakyat semua. TETAPI MENGAPA ADA PERLUNYA HANYA UNTUK MENUJU KE RUMAH PENGERUSI TETAP TERSEBUT ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan