pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 21 Oktober 2012

JELAJAH PERAKITE 2012 : RAKYAT BAGAN DATOH SAMBUT MERIAH PIMPINAN PAS PERAK !

KEHADIRAN PIMPINAN PAS PERAK KE BAGAN DATOH DALAM PROGRAM JELAJAH KALI INI MENDAPAT SAMBUTAN HEBAT OLEH PENDUDUK DI SINI.

Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin mengetuai rombongan peringkat Zon Selatan yang bermula dari kawasan Bagan Datoh sebelum berakhir di Ipoh.

BAGAN DATOH ( Simpang Tiga ) : PAS Perak telah meneruskan agenda untuk menawan kembali negeri ini yang pernah dimenangi dan membentuk kerajaan negeri Pakatan Rakyat  di sini sebelum dirampas secara haram oleh UMNO/ BN. Melalui program " Perakite : Rakyat Sepakat, Perak Berkat " satu siri jelajah seluruh Perak telah diadakan pada hari ini ( 21 Oktober 2012 - Ahad ).


Program berikut dinamakan Jelajah Perakite. Tujuan program jelajah itu adalah sebagai cara mendekatkan pimpinan PAS negeri dan Pusat kepada seluruh rakyat di negeri ini. Selain itu, siri jelajah ini juga memberi peluang rakyat untuk beramah mesra serta mengenali para pimpinan PAS. Ianya juga sebagai langkah persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Para pimpinan turut berpeluang menjelaskan isu - isu serta penerangan berkaitan perjuangan PAS khususnya di Perak ini.


Jelajah ini turut diberi kepada dua zon perjalanan sebelum ianya berakhir dengan ceramah perdana di Manjoi, Ipoh. Iaitu bermula perjalanan seawal pagi menuju ke utara dan selatan. Rombongan yang menuju ke utara bermula dari kawasan Larut telah diketuai sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussin manakala dari zon selatan telah diketuai Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak juga AJK PAS Pusat, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin.


Ketibaan rombongan Dato' Seri Mohammad Nizar tiba di Bagan Datoh pada jam 8 pagi itu disambut meriah oleh penduduk di kawasan tersebut. Kehadiran mantan Menteri Besar Perak itu amat dialu -alukan rakyat di sini. Beliau beserta ahli rombongan telah disambut oleh Yang Dipertua PAS Kawasan juga merupakan Timbalan 2 Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki dan mereka bersarapan di gerai makan En. Tajuddin, Simpang Tiga.


Antara turut hadir dalam siri jelajah tersebut ialah, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, Dr. Muhaimin Sulam, ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Ahmad Nuri Al Amin dan barisan kepimpinan PAS Perak yang lain seperti Ustaz Nor Azli Musa, Ustaz Ibrahim Zakaria, Sdr. Salman Salleh, Sdr. Safarizal, dan pimpinan Dewan Muslimat PAS negeri beserta Amerah negeri. Antara lain ialah Yang Dipertua PAS kawasan- kawasan zon Selatan dan Ahli - Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Perak dari PAS.


Ketika berucap, Dato' Seri Mohammad Nizar mengingatkan bahawa tujuan jelajah ini sebagai persediaan rakyat untuk menolak UMNO dan BN dalam Pilihanraya Umum nanti. Jelajah ini adalah sebagai cara PAS untuk mengajak dan memastikan rakyat tidak tertipu lagi untuk terus menyokong UMNO/ BN. Beliau juga meningatkan bahawa kepimpinan Perdana Menteri ketika adalah sangat lemah sehinggakan beberapa isu seperti Bajet Belanjawan 2013 gagal di atasi dengan baik.


Kira- kira 300 penduduk sekitar kawasan ini telah hadir sebagai tanda sokongan kepada pimpinan PAS khususnya bekas Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar. Mereka juga dijamu dengan bersarapan pagi oleh pengusaha gerai, En. Tajuddin. Antara menunya ialah roti canai, nasi lemak, bihun goreng, mee goreng dan kuih - muih dihidangkan kepada para tamu dan ahli rombongan pagi itu.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008