pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Selasa, 2 Oktober 2012

MOH KITE SEMUA PAKAT SOKONG PAS : PILIHAN TERBAIK!

SEBAGAI BEKAS ORANG KERAJAAN BANYAK CERITA BURUK UMNO/ BN DIDENGARI

Pernah memegang jawatan tinggi dalam Lembaga Pertubuhan Peladang, buat Hj. Azhar Yunus makin mengenali sikap Umno/ BN sebenarnya

SG. PERGAM, Parit 1 : Sebagai menyedarkan masyarakat khususnya rakyat di kawasan Bagan Datoh yang lebih hampir kegiatan ekonominya melibatkan perladangan dan kebun, PAS Kawasan Bagan Datoh telah menjemput seorang yang berpengaruh dengan sektor tersebut ( perladangan), Tn. Hj. Azhar Yunus.

Tn. Hj. Azhar Yunus sedang berucap menyampaikan ceramah penerangannya di sini.

Beliau yang merupakan bekas Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang ( LPP ) Perak yang telahpun mengumumkan serta mengisytiharkan menyertai PAS secara rasminya ketika di satu majlis ceramah dua bulan lalu. Menurutnya, ketika mana masih lagi berkhidmat bersama kerajaan,beliau sudah mulai menyokong PAS cumanya hanya secara senyap dan rahsia.

Menurut beliau ketika menyampaikan ceramah penerangannya, rakyat perlu tahu dan sedar siapa gerangan Umno/ BN selama ini yang telahpun hampir separuh abad mentadbir negara ini. Segala kepincangan dan keburukkan mereka ( Umno/ BN ) semakin hari adalah semakin teruk. Ini kerana mungkin terlalu lama mentadbir serta memegang jawatan, menyebabkan mereka mulai melakukan sedemikian rupa.

Ulas Tn. Hj. Azhar, selama mana beliau memegang jawatan dalam LPP pelbagai pengalaman telah dilaluinya. Jawatan terakhirnya sebagai Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang negeri Perak ( merupakan tempat kelahirannya iaitu Teluk Intan ) dan sebelum itu beliau pernah berkhidmat di beberapa buah negeri sekitar semenanjung termasuk LPP di Pahang.



Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008