pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Khamis, 4 Oktober 2012

SOALNYA KINI : SURAU LAMA DI ROBOH ? MENGAPAKAH BARU SEKARANG GANTI BARU?

SURAU LAMA, BERUSIA 40 TAHUN DIROBOHKAN UNTUK GANTI BAHARU


Mungkin timbul persoalan, walaupun memang ianya ( surau ) sumbangan pihak kerajaan selama ini namun mengapa baru kini diperuntukan membaiki dengan membina semula

SG. SUMUN, Parit 7 : Penduduk sekitar di sini terpaksa mencari surau yang berjauhan sedikit sementara menanti siapnya surau sedia ada di bina semula. Ini berikutan apabila pihak tertentu telah merobohkan surau dengan memperuntukan projek roboh bina semula terhadap surau di kawasan tersebut.


Walaupun ianya ( surau ) hasil sumbangan pihak kerajaan serta dibina di atas tanah rizab kerajaan kira- kira 40 tahun dahulu dengan menggunakan kayu dan telah dibaiki beberapa kali. Surau yang dikenali " surau kuning parit 7 " tersebut digunakan penduduk sekitar sebagai tempat solat berjemaah, majlis ilmu dan pelbagai aktiviti masyarakat.


Namun, segelintir ahli kariah tersebut turut merasa sedikit kesal serta kecewa dengan tindakan sedemikian rupa. Mereka menganggap ianya tindakan yang tidak menghormati tapak surau lama kerana selama ini digunakan untuk mereka melakukan aktiviti harian di sini.

Dakwa mereka lagi, ianya dilakukan kerana kemungkinan adanya unsur politik ketika mana semua pihak terutamanya parti-parti politik dan calon- calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum akan datang  sibuk menabur dan memberi segala kemudahan sebagai daya tarikan undi nanti.

" Kita tidak menolak, ini adalah ( projek ini ) berlaku apabila adanya seorang ahli politik memberi peruntukan sumbangan kononnya untuk menggantikan surau sedia ada kepada lebih baik ( baru ) untuk rakyat.Ini mungkin kita anggap " gula- gula " politik untuk sokong mereka, dakwa seorang penduduk di sini.


Ketika ini, kerja- kerja membina sedang sibuk dilakukan pihak kontraktor  yang telah dilantik.  

Tiada ulasan:

Ruang Forum DPPK Bagan Datoh

jambori amal kuala kangsar 2008