pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Sabtu, 6 Oktober 2012

TIANG DAH OK LAH..CUMA GARISAN JALAN BELUM,MINTA SEGERAKANLAH!

MOHON PIHAK BERWAJIB SEGERA SIAPKAN GARISAN PEMBAGI JALAN

Jalan yang baru diturap semula di Parit 5 masih lagi dalam mengundang bahaya pengguna terutamanya waktu malam

SG. SUMUN - Parit 5 : Pengguna jalan raya di sini melahirkan rasa kebimbangan terutamanya waktu malam kerana tiada garisan jalan. Jalan raya terbabit yang panjangnya kira- kira 300 meter itu masih lagi belum dilakukan sehingga kini.


Walau bagaimanapun penduduk di sini turut mengucapkan terima kasih dan syukur kerana tiang elektrik yang sebelum ini berada di jalan telahpun dialihkan. Menurut mereka, pernah juga berlaku kemalangan kecil apabila pemandu tidak menyedari akan kewujudan tiang tersebut yang masih berada di situ.

Penduduk dan pengguna menjadikan jalan tersebut sebagai jalan utama untuk ke mana- mana. Memandangkan jalan tersebut sebagai jalan laluan utama, maka mereka memohon jasa baik pihak berkenaan supaya menyegerakan kerja- kerja persiapan lengkap jalan tersebut.


Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008