pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Ahad, 21 Oktober 2012

JELAJAH PERAKITE 2012 : RAKYAT PERLU TOLAK UMNO/ BN DALAM PRU 13.

PAKATAN RAKYAT PILIHAN TERBAIK RAYAT : UMNO/ BN ZALIMI RAKYAT KERANA KUASA

Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar ajak rakyat buat perubahan dengan menolak UMNO/ BN dalam Pilihanraya Umum nanti

BAGAN DATOH ( Pekan Simpang Tiga ) 21 Okt. : Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin ketika berucap di hadapan lebih daripada 300 rakyat di sini sempena program Jelajah Perakite mengingatkan bahawa rakyat di Perak khususnya untuk menolak UMNO/ BN dalam pilihanraya nanti. Berucap di majlis jamuan bersarapan pagi di gerai Hj. Tajuddin, beliau menyatakan tujuan program jelajah seluruh negeri ini adalah untuk menerangkan perancangan PAS dan Pakatan Rakyat sekiranya diberi mandat mentadbir negara.


Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga, seluruh rakyat Malaysia  terutamanya di Parlimen Bagan Datoh dan DUN Rungkup agar memilih calon PAS dan Pakatan Rakyat apabila tibanya Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Beliau yang mengetuai rombongan jelajah tersebut diiringi bersama Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh, Ustaz Misbahul Munir Masduki.


ADUN Pasir Panjang itu berkata lagi, beberapa masalah sedang melanda negara adalah berpunca kelemahan dan kegagalan kerajaan hari ini. Terutamanya masalah rakyat berkaitan sara hidup yang tinggi apabila hasil perbentangan bajet belanjawan untuk tahun hadapan juga dilihat gagal membantu rakyat. Ujarnya lagi, adalah begitu malang lagi apabila seorang Perdana Menteri juga Menteri Kewangan negara, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak mengambil kesempatan dalam perbentangan bajet belanjawan 2013 itu untuk menghentam Pakatan Rakyat sedangkan ianya tidak langsung relevan bagi seorang pemimpin dalam Parlimen.


Malahan katanya juga selaku Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, beliau amat malu serta kecewa apabila perbuatan Perdana Menteri itu seperti seorang pengecut dan takut menjawab persoalan rakyat. Ketika sesi perbahasan di Parlimen, melihatkan lagi kelemahan Kabinet Menteri apabila tiada seorang pun Menteri dan Timbalan Menteri yang hadir untuk memperdengarkan perbahasan bajet. Beliau berpendapat lagi, inilah sifat sombong dan angkuh pemimpin UMNO/ BN apabila tidak mahu mendengar rintihan dan cadangan rakyat.

Yang Dipertua PAS Kampar itu juga mengajak rakyat menolak UMNO/ BN kerana perbuatan zalim dan sifat tamak pemimpin mereka dalam membolot kekayaan negara. Tidak dinafikan dan terdapat banyak bukti mengatakan bahawa UMNO/ BN telah membuat perkara bertentangan syariat Islam dan hukum manusia.


Diakhir ucapan, beliau mengharapkan seluruh rakyat berusaha serta mendoakan kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat dalam perjuangannya untuk menegakkan Islam dan keadilan di negara ini. Juga mohon selamat dalam perjalanan siri jelajah kali ini sebelum berlepas ke destinasi seterusnya iaitu Teluk Intan dan kawasan lain- lain.



Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008