pas kawasan

Dewan Pemuda PAS Bagan Datoh ll Alamat Markaz : Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan, Lot 4986, Perkampungan Ikhwan, Jalan Sungai Tiang Baharu, 36200 Selekoh, Perak || Emel DPPK : dewanpemudapasbagandatoh@gmail.com || Blog : www.pasbagandatoh.blogspot.com ll Facebook : Pemuda Pas Bagan Datoh

Isnin, 29 Oktober 2012

TUNTUTAN IBADAH KORBAN : PERLU ADA PENGHAYATAN DAN KETAQWAAN TINGGI KEPADA ALLAH SWT.

USTAZ MISBAHUL MUNIR : IBADAH KORBAN BUKANNYA HANYA UNTUK SUKA- SUKA SAHAJA, TETAPI PERLUNYA ADA KEFAHAMAN UNTUK MENINGGKATKAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH SWT.

YDP PAS Kawasan Bagan Datoh, juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu mengingatkan umat Islam agar lakukan ibadah korban kerana keimanan dan ketaqwaaan kepada Allah SWT.

BAGAN DATOH ( Selekoh ) : Ketika mana hari ini umat Islam masih lagi sibuk melakukan serta menganjurkan program ibadah korban dalam suasana menyambut Hari Raya Aidiladha, Ustaz Misbahul Munir Masduki mengingatkan bahawa ibadah korban bukanlah satu adat atau amalan biasa apabila tibanya 10 Zulhijjah. Adalah sudah menjadi kebiasaannya umat Islam, khususnya masyarakat Melayu di negara ini melakukan ibadah korban dengan meriahnya.


Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Datoh itu berkata ketika menghadiri majlis sembelihan korban anjuran PAS Kawasan tersebut. Sebanyak 12 ekor telahpun berjaya dikorban pada kali ini. Ianya merupakan sambutan hebat atas kesedaran umat Islam kawasan itu untuk melakukan ibadah korban.

Beliau mengingatkan dalam ucapannya, bahawa ibadah korban adalah satu tuntutan sebagaimana difahami oleh semua umat Islam. Menjadi hukumnya ialah sunat muakkad kerana dituntut bagi mereka yang berkemampuan untuk berkorban sebagai sedekah kepada gologan yang memerlukan.


Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Perak itu turut menyebut ringkasan sejarah bagaimana pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail A.S dalam ketaatannya menurut perintah Allah SWT. Selain pengorbanan itu, Ustaz Misbahul Munir juga menyatakan bahawa pengorbanan Isteri Nabi Ibrahim iaitu Siti Hajar ketika mana di tinggalkan sendirian di tengah padang pasir yang panas terik sedangkan mengandungkan Nabi Ismail semata- mata mentaati perintah Allah SWT.


Sirah Nabi Ibrahim A.S dan keluarga sepatutnya difahami dan dihayati oleh umat Islam hari ini. Oleh demikian itu, janganlah ibadah korban yang dilakukan pada hari ini sebagai hanya memeriahkan sambutan Aidiladha semata- mata. Jelas beliau lagi, pengisian sepanjang Aidiladha dan hari Tasyrik perlulah diteruskan dengan amalan sunat seperti korban dan takbir selama mana dituntut akannya.


Ustaz Misbahul Munir dalam majlis tersebut juga telah menyembelih sendiri beberapa ekor lembu. Beliau meluahkan rasa kesyukuran dan gembira kerana sambutan hebat dalam anjuran korban kali ini. Kehadiran ahli PAS dan masyarakat setempat  untuk bekerjasama dilihat sebagai hikmah ibadah korban.

Hasil majlis ibadah korban tersebut, ianya dapat merapatkan silaturrahim dan perpaduan yang berteraskan kefahaman serta ketaqwaan kepada Allah SWT.

Tiada ulasan:

jambori amal kuala kangsar 2008