BAGAN DATOH : Dewan Pemuda Pas Bagan Datoh ( DPPK ) meminta dan mengharapkan seluruh rakyat yang menyokong pilihanraya yang adil dan telus untuk meneruskan " Gelombang Kuning - BERSIH ". Memandangkan masih ramai dikalangan rakyat tidak faham apakah tujuan sebenar perhimpunan Bersih 2.0 dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil ( BERSIH ) pada 9 Julai lalu.
Terdapat lapan perkara yang telah dituntut oleh gabungan ini iaitu antaranya adanya pilihanraya yang adil dan telus. Melihat suasana dan keadaan Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) yang sudah hilang ketelusan serta keadilan dalam melaksanakan tugasnya sebagaimana sepatutnya.
Oleh itu, rakyat perlu jelas dan memahami tuntutan tersebut demi keadilan dan kebenaran sebagaimana yang dirasai negara - negara yang telus dalam pilihanraya. Pihak Dewan Pemuda Kawasan menyokong penuh segala tuntutan tersebut berdasarkan prinsip adil dan bersih.
Walaupun kerajaan menafikan dengan mempergunakan segala sumber dan saluran untuk mempertahankan mereka, rakyat sepatutnya tidak mudah terpedaya dan leka dengan apa yang dilakukan kerajaan UMNO - BN. Mereka bermain dengan sentimen perkauman untuk melagakan dan memburukan keadaan yang sebenarnya.
Dewan Pemuda Bagan Datoh menyatakan akan terus menyokong segala kebaikan demi kepentingan rakyat untuk kesejahteraan dan bebas daripada anasir - anasir yang jahat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan