BULAN SYA'ABAN :
Merupakan bulan kelapan dalam tahun Qamariah yang mempunyai 28 hari. Sya'aban ertinya : bercerai - berai dan dinamakan demikian kerana diriwayatkan bahawa dalam bulan ini masyarakat Arab bertempiaran ke merata - rata tempat untuk mencari air kesan daripada kemarau yang berpanjangan.
Bagi umat Islam, bulan Sya'aban merupakan satu bulan yang sangat mulia dan begitu penting kerana ia ibarat bulan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan.
Disamping itu, bulan ini juga adalah salah satu bulan ibadah sebagaimana bulan Rejab dan Ramadhan.
KELEBIHAN BULAN SYA'ABAN :
Sabda Rasulullah SAW :
Maksudnya :- " Keutamaan bulan Sya'aban ke atas bulan - bulan yang lain adalah seperti keutamaanku ke atas semua para nabi, manakala keutamaan bulan Ramadhan ke atas semua bulan yang lain seperti keutamaan Allah SWT ke atas hamba - hambanya."
Sabda Rasulullah SAW lagi :
Maksudnya :- " Barangsiapa yang mengagungkan bulan Sya'aban, bertaqwa kepada Allah SWT, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat atau derhaka kepadaNya, maka Allah SWT mengampunkan dosanya dan menyelamatkannya dalam satu tahun dari segala macam bencana dan penyakit."
Aisyah RA meriwayatkan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Rasulullah SAW tidak pernah berpuasa sunat setiap bulan lebih banyak berbanding puasanya di dalam bulan Sya'aban. Baginda SAW bersabda :" Beramallah kamu sehari dengan kemampuanmu, sesungguhnya Allah SWT tidak pernah bosan ( untuk memberi pahala ) sehingga kamu sendiri yang bosan untuk beramal."
Disediakan oleh :
Pen. Setiausaha 3
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bagan Datoh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan