Siri 4 ( Akhir ) :
Memerdekakan
Islam apabila datang kepada manusia, ia memerdekakan jiwa manusia ini dari menjadi hamba sesame manusia, kepada hanya bertuhankan Allah SWT. Inilah yang disebut oleh Rib’i bin ‘Amir di hadapan Panglima Angkatan Tentera Parsi : “Allah yang membangkitkan kami agar kami mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki- NYA dari pengabdian sesame hamba menuju pengabdian kepada Allah, dari kekejaman agama – agama kepada keadilan Islam, dari dunia yang sempit kepada keluasan dunia dan akhirat.” ( Ibn Kathir, al – Bidayah wa al – Nihayah, 7/ 48, Beirut: Dar al – Kutub al – ‘Ilmiah).
Lihatlah Bilal bin Rabah r.a, walaupun pada masa dirinya masih menjadi hamba sahaya kepada tuannya, tetapi Islam telah berjaya memerdekakan jiwanya. Dia tidak tunduk kepada kehendak tuannya yang sesat. Sekalipun tubuhnya diseksa pada terik mentari, namun jiwa merdeka hanya tunduk kepada Ilahi. Malangnya seorang insane, jika tubuhnya merdeka, cukup makan dan minum, tiba – tiba jiwanya bersifat hamba kepada manusia sehingga melanggari batasan Allah SWT.
Justeru, jika manusia menganggap tangan yang mempunyai kuasa dan harta itulah punca kebahagiaan dan ketenangan maka mereka akan menjadi hamba sesama manusia. Namun, jika mereka yakin, hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberi kedamaian, maka jiwa mereka akan merdeka. Sesiapa yang menjadi hamba Allah SWT yang sebenar, dia tidak akan berjiwa hamba sesama manusia.
Sabda Nabi SAW: “ Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaannya dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan dating kepadanya dengan hina ( iaitu dalam keadaan dirinya mulia ). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua matanya. Allah cerai beraikan urusannya, dan dunia pula tidak datang kepadanya melainkan dengan apa yang ditakdirkan untuknya ( iaitu dalam keadaan dirinya hina )”. ( Riwayat al – Tirmizi).
Disediakan oleh :
Pen. Setiausaha 3,
Dewan Pemuda Pas Kawasan Bagan Datoh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan